Proton taja 10 kereta untuk Temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi

oleh SALINA JALIL|
Pengeluar kereta nasional Proton telah menyampaikan sepuluh unit kenderaan yang terdiri daripada pelbagai model kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menyokong Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2022.


Acara sukan dwi tahunan anjuran KPT itu akan diadakan dari 12 - 21 Ogos 2022 di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Terdapat dua puluh satu acara sukan dengan anggaran penyertaan kira-kira 6,000 atlet dan pegawai dari institusi pengajian tinggi dari seluruh Malaysia.


Sumbangan Proton yang terdiri daripada lapan unit Proton Perdana, satu unit Proton X70 dan satu unit Proton Saga itu diterima oleh Datuk Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Datuk Dr. Pekan Ramli, Timbalan Setiausaha Sukan dari Kementerian Pengajian Tinggi pada majlis penyerahan penaja yang diadakan di kementerian baru-baru ini.

 

“Ini adalah kali kedua Proton menyokong SUKIPT setelah kami turut terlibat sebagai penaja temasya edisi tahun 2012. 

 

Syarikat berbangga kerana dapat memainkan peranan dalam acara sukan yang penting untuk pelajar pengajian tinggi ini dan kami berharap penajaan kami akan membantu dalam memastikan kelancaran SUKIPT 2022,” kata Wan Ahmad Fadzli Bin Wan Mustafa, Pengurus Besar, Proton Edar, semasa majlis penyerahan kereta tersebut.

 

Selain daripada peranannya dalam temasya ini, Proton juga telah menyumbang kepada pembangunan sukan di sekolah-sekolah di Tanjung Malim tahun ini. 

 

Proton turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan peralatan sukan kepada SMK dan SK Proton City pada 27 Jun manakala pada 28 Julai, sumbangan tunai disampaikan kepada Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) di Kuala Nerus, Terengganu, bagi menyokong program kecemerlangan akademik sekolah.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…