Proton sumbang Proton Persona serta peralatan automotif kepada IPK Selangor

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Proton Holding's Berhad hari ini telah menyumbangkan sebuah Proton Persona baharu, satu unit enjin serta transmisi kepada Bahagian Pengangkutan Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (STaRT) di Ibu  Pejabat Polis Kontinjen Selangor. 

 

Menurut Proton, sumbangan peralatan automotif ini bertujuan membantu Jabatan STart untuk tujuan siasatan dan latihan yang akan dijalankan oleh mereka. Kerjasama yang dijalinkan ini bukanlah kerjasama pertama antara Proton dan pihak PDRM, malah Proton telah mendapat sokongan dan kerjasama dari pihak PDRM terutamanya dari segi kegunaan kereta-kereta rasmi, kereta peronda, kereta unit-unit khas dan sebagainya.

Proton PDRM

 

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali dan Ketua Polis Selangor, YDH CP Datuk Mazlan Bin Mansor, Ketua Penolong Pengarah Pengangkutan (Jabatan StaRT) Bukit Aman, SAC Dato’ Mohd Hishamudin Tahar, Timbalan CEO Proton Dato’ Radzaif Mohamed, CEO Proton Edar Sdn Bhd Abdul Rashid Musa dan juga ketua-ketua jabatan IPK Selangor.

"Sejak Proton ditubuhkan, sebanyak 9,408 unit kereta Proton telah digunakan oleh pihak PDRM dan ini termasuklah Proton Saga, Wira, Waja, Perdana, Inspira, Exora dan Preve" kata Fuaad. 

Proton PDRM

"Penyerahan sumbangan Proton Persona ini adalah merupakan sebahagian daripada usaha Proton dan PDRM untuk menguji prestasi kemampuan Proton Persona" tambah beliau. 

 

Melalui latihan yang dijalankan, pihak polis akan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengendalikan kereta Proton. Dalam pada masa yang sama, Jabatan STaRT IPK Selangor dapat melakukan penelitian dan ujian terhadap enjin dan transmisi serta teknologi-teknologi yang digunapakai pada Proton Persona.

Selain dari peralatan automotif, Proton turut menawarkan khidmat tenaga pengajar seramai 19 orang untuk melatih pegawai-pegawai yang terlibat dalam latihan yang dijalankan. 

Proton Persona PDRM

Selain dari pihak polis, Proton juga membuat sumbangan seprti ini kepada agensi-agensi kerjaan lain seperti pihak Bomba, JPJ, Nano Malaysia, Nuklear Malaysia dan SIRIM, selain pusat pengajian tinggi dan pusat latihan kemahiran bagi tujuan latihan dan juga penyelidikan. 

Proton PersonaProton Persona PDRM