Proton sumbang kraftangan budaya kepada Muzium Sukan Asia Hangzhou

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan Sukan Asia Hangzhou yang berlangsung baru-baru ini, Proton telah mempersembahkan koleksi kraftangan budaya untuk dihadiahkan kepada Muzium Sukan Asia Hangzhou.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Sebagai pembekal Kenderaan Rasmi untuk Sukan Asia yang ke-19 itu, Proton memainkan peranan penting dalam menghubungkan acara berprestij itu dengan Malaysia.

Menurut Roslan Abdullah selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, "menerusi sumbangan kraftangan budaya ini kepada Muzium Sukan Asia, Proton menyumbang kepada pembinaan hubungan antara negara, sekaligus membawakan perpaduan di dalam Sukan Asia yang ke-19.
 

sukan


Koleksi kraftangan tersebut dikumpul daripada beberapa buah negeri di Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen "Asian Games Nation Drive" yang dilaksanakan tempoh hari.

Kepingan unik ini bukan sahaja memperkayakan intipati Sukan Asia, malah ia juga turut mengisahkan dengan jelas budaya Malaysia yang rancak, gaya hidup, sejarah, serta merangkum aspirasi kolektif rakyat Malaysia.

Koleksi kraftangan yang kini dipamerkan di Muzium Sukan Asia Hangzhou turut mempamerkan kemahiran ketukangan rakyat Malaysia ke peringkat global selain merancakkan lagi semangat dan penukaran budaya dalam Sukan Asia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton S70 telah mendapat skor setinggi 82.95 poin berdasarkan empat kategori…
Berita Domestik
Menurutnya, fokus pasaran Proton tidak seharusnya untuk pasaran Malaysia tapi juga untuk rantau…
Pelancaran
Untuk makluman, sedan kompak Proton S70 dilancarkan sebagai pengganti kepada model sedan segmen C…