Proton sumbang 7 unit enjin 1.5 TGDi untuk kegunaan pendidikan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Jenama pengeluar kereta nasional, Proton telah menyerahkan sumbangan tujuh unit enjin 1.5 TGDi pemasangan tempatan kepada institusi pendidikan di Perak untuk memperkasakan program teknikal di negeri itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sumbangan enjin tersebut telah disampaikan oleh YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Ahli Parlimen Tanjung Malim semasa acara berbasikal sejauh 30km, PROTON Growing Together Fun Ride yang diadakan sempena ulang tahun Proton ke-40.

Antara institusi pendidikan yang menerima enjin 1.5 TGDi itu ialah Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Kolej Vokasional Slim River, Giat Mara Tanjung Malim and Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

 

2

 

Menjadi antara kejayaan terbaharu Proton, enjin 1.5 TGDi yang memenangi anugerah itu dipasang pada barisan pengeluaran iklim terkawal di kilang Tanjung Malim, di mana ia dikenali dengan teknologi dan prestasi canggihnya.

Melalui pendedahan dari enjin tersebut, para pelajar akan diberi latihan eksklusif dan membina pengetahuan dalam servis dan pembangunan enjin, serta membantu menyelaraskan kemahiran mereka mengikut permintaan industri.

 

3

 

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, “PROTON telah mengeluarkan kenderaan di Tanjung Malim selama 20 tahun dan kami sentiasa mencari peluang untuk menyokong institusi pendidikan tempatan untuk mengembangkan lagi pengetahuan dan kemahiran automotif mereka."

"Kami berharap enjin yang diserahkan hari ini akan membantu memajukan program latihan di institusi dan membantu melatih bakat masa depan untuk industri automotif Malaysia.”

 

4

 

Selain majlis penyerahan enjin, Proton turut menyampaikan sumbangan RM3,000 kepada tiga beradik atas usaha cemerlang mereka di Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX23) baru-baru ini.

Shameer Panduar, 16, Shaheer Panduar, 14, dan Shazlan Panduar, 13, semuanya pelajar SMK Proton City telah bersama-sama memenangi pingat emas untuk Pameran Rekacipta Muda Dunia (WYIE) dan dinobatkan sebagai Pencipta Muda Terbaik di Pameran Reka Cipta Muda Malaysia (MYIE).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan pusat R&D PROTON (China) di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…