Proton siar teaser crossover X50 - pelancaran semakin hampir?

oleh Mohamad Hanif|
Tak sabar nak tunggu kehadiran sebuah lagi pendatang baharu dalam segmen crossover?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengeluar automotif negara, Proton akhirnya menunjukkan secara rasmi imej crossover Proton X50 tanpa sebarang pelekat samaran setelah sekian lama menguji di atas jalan raya.

Video ringkas berdurasi 38 saat itu sempat memaparkan kelibat sebenar Proton X50, seperti profil sisi, lampu LED dengan lampu nyalaan siang DRL, logo Proton baharu, serta kehadiran empat tip ekzos untuk model yang lebih sporti.

 


Tiada sebarang informasi lanjut didedahkan buat masa ini, namun berdasarkan laporan terdahulu, Proton X50 berkemungkinan besar akan hadir dengan enjin turbo 1.5 liter yang berupaya menghasilkan 177 hp dan 255 Nm, dipadankan dengan transmisi DCT.

Model asal Geely Bin Yue dilengkapi dengan ciri pemanduan autonomi tahap kedua (Level 2 Autonomy) yang lengkap dengan ciri-ciri seperti:

  •     Kawalan Pelayaran Pintar (ICC)
  •     Fungsi Indentifikasi Had Laju (SLIF)
  •     Fungsi Pengesan Titik Buta (BSD)
  •     Bantuan Kekal Laluan (LKA)
  •     Amaran Keluar Laluan (LDW)
  •     Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesan pejalan kaki

Proton ketika ini dilihat masih lagi menguji model X50 di atas jalan raya, namun dengan video teaser yang diterbitkan kali ini, menandakan pelancarannya yang semakin hampir.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…