Proton serah 8,500 unit X70 selepas 100 hari pelancaran rasmi

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selepas 100 hari majlis pelancaran rasminya, unit Proton X70 yang ke-8,500 telah diserahkan kepada firma undang-undang Malaysia, Lee Allen Hishammuddin & Gledhill (LHAG).

Pencapaian ini menunjukkan bahawa SUV pertama PROTON ini telah mencipta rekod bagi jumlah penghantaran paling banyak dalam segmennya, pada masa yang sama menjadikan Syarikat sebagai salah satu pengeluar utama dalam pasaran SUV di Malaysia.

Dengan kadar pertumbuhan jualan kumulatif sebanyak 42% untuk dua bulan pertama tahun 2019, PROTON mencatatkan kadar pertumbuhan jualan tertinggi di kalangan jenama automotif di barisan ketiga teratas di Malaysia mengikut volum.

Pemacu utama kepada peningkatan ini adalah Proton X70, merupakan model paling popular untuk bulan Januari dan Februari (berdasarkan angka pendaftaran rasmi) dan berada di landasan yang tepat untuk mencapai peningkatan sama untuk bulan ketiga berturut-turut.

 


"Dengan menyerahkan sebanyak 8,500 unit Proton X70 dalam masa 100 hari, Syarikat telah membuktikan bahawa pembelipembeli kereta di Malaysia amat tertarik dengan SUV pertama kami. Kami terharu dengan sokongan daripada mereka dan akan terus berusaha dengan lebih lagi untuk menyerahkan lebih banyak unit secepat mungkin bagi mengurangkan masa menunggu oleh para pelanggan Syarikat," ujar Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Penyerahan Proton X70 ke-8,500 adalah antara enam unit model tersebut yang ditempah oleh firma guaman Lee Hishammuddin & Gladhill (LHAG).

Kereta-kereta ini akan digunakan sebagai kereta korporat mereka dan firma ini merupakan
antara syarikat-syarikat Malaysia yang telah menunjukkan minat pada model terbaharu PROTON.

"PROTON gembira kerana LHAG, iaitu rakan kongsi korporat jangka panjang kami, telah memilih untuk menambah Proton X70 di dalam barisan kereta fleet mereka. Tanggapan pertama adalah penting dalam dunia perniagaan jadi kami berbangga dengan SUV kami yang akan mewakili firma ini untuk ke pelbagai mesyuarat dan majlis," kata Dr Li Chunrong.
 


Hadir untuk menyampaikan kereta-kereta tersebut kepada LHAG adalah Dato' Mohammad Zainal Shaari, Pengerusi DRBHICOM manakala dari pihak LHAG pula adalah Rosli Dahlan, yang merupakan rakan kongsi di firma undang-undang tersebut.

"LHAG telah lama menjadi rakan kongsi PROTON dan DRB-HICOM. Justeru, kami gembira dengan kejayaan dalam hubungan kami yang terjalin setakat ini, yang mana akan mengukuhkan lagi hubungan syarikat-syarikat ini," kata Rosli Dahlan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, suami mangsa sedang menjalankan urusan jual beli manakala kedua-dua mangsa berada dalam…
Berita Domestik
Pay & Go merupakan aplikasi pembayaran pintar tempatan dari Sarawak yang boleh digunakan untuk…
Berita Domestik
Ia sudah boleh ditempah di semua pusat pengedar Proton bermula 4 Julai 2023. Proton X70 Premium X…