Proton serah 50 unit Proton Iriz untuk kegunaan pelajar Metro Driving Academy

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Pengeluar kereta jenama nasional Proton baru- baru ini telah menyerahkan 50 unit Proton Iriz kepada pusat latihan memandu Metro Driving Academy.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

50 unit Iriz tersebut telah diubah suai oleh syarikat ACE yang merupakan salah satu anak syarikat Proton Global Services.

Semua Iriz tersebut telah menjalani pengubahsuaian khusus untuk kegunaan pelajar mengikut standard yang ditetapkan oleh JPJ.

 

2

 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, “Proton berbangga untuk terus memainkan peranan dalam membantu mendidik dan melatih pemandu baharu Malaysia."

"Proton Iriz adalah pilihan yang sangat baik untuk pemandu baharu kerana gabungan kebolehgerakan, dimensi kompak dan keselamatannya."

"Kami menghargai kepercayaan yang ditunjukkan oleh Metro Driving Academy dan berharap ini akan menggalakkan lebih banyak sekolah memandu untuk mempertimbangkan Proton ke dalam senarai mereka.”

 

3

 

“Sekolah memandu adalah titik pertemuaan yang bagus untuk Proton mendekatkan diri dengan generasi muda. Dengan kerjasama Metro Driving Academy, kami boleh mempamerkan ciri-ciri yang ditawarkan oleh produk kami dan memanfaatkan jiwa pembeli kereta kali pertama yang berpotensi.”

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Domestik
Untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini, Proton telah mencatatkan sebanyak 87,481 unit kenderaan…
Berita Domestik
Beberapa bulan yang lalu, Proton telah pun melancarkan kemaskini terhadap penawaran model kembar…