Majlis tersebut berlangsung di Pusat Kecemerlangan PROTON.
Untuk makluman, kereta itu akan digunakan untuk operasi harian Edgenta PROPEL Berhad (Edgenta PROPEL), Bahagian Perkhidmatan Infra dan anak syarikat milik UEM Edgenta lain.
Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Datuk Azmir Merican berkata, hubungan Proton dengan UEM Edgenta sudah lama terjalin sejak tahun 2002.
"Demi mencapai kecekapan operasi yang maksimum serta memastikan keselamatan kakitangan terpelihara, pihaknya memutuskan untuk melaksanakan program pembaharuan flit yang melibatkan penggantian kereta-kereta yang berumur lebih dari 10 tahun.
“Program pembaharuan flit itu akan diperluaskan menerusi langkah perolehan lori tambahan dan trak pikap sebelum akhir tahun ini,” katanya.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong dilihat menyampaikan replika kunci kepada Azmir sambil disaksikan Pengerusi Proton, Datuk Sri Syed Faisal Albar.