Proton sedia fasiliti pemasangan kenderaan di Pakistan

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON), akan bekerjasama dengan syarikat tempatan bagi mewujudkan kilang pemasangan pengeluaran di Pakistan, kilang pertama PROTON di kawasan Asia Selatan.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Ikram Mohammad Ibrahim, berkata perjanjian antara PROTON dan rakan perniagaan dari Pakistan Alhaj Automotive, dibuat tahun lalu, dengan PROTON mengunjurkan potensi yang besar untuk syarikat itu.

“Dari segi potensi pasaran kenderaan di Pakistan, PROTON rasakan potensinya amat besar. Itulah sebabnya PROTON setuju bekerjasama dengan Alhaj Automotive untuk membina kilang pemasangan berhampiran Karachi di wilayah Sindh.

“Ia penting kerana ini akan menjadi kilang pertama PROTON di Asia Selatan berdasarkan jumlah penduduk di negara ini saja sudah 210 juta,” katanya kepada media Malaysia di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pakistan di sini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan sejawatannya dari Pakistan Imran Khan, dijangka menyaksikan acara simbolik majlis pecah tanah kilang Proton itu pada Jumaat.
 


Dr Mahathir akan mengadakan lawatan rasmi ke Pakistan selama tiga hari bermula Khamis.

Ikram berkata, pembinaan kilang itu adalah elemen penting dalam perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara memandangkan Proton adalah ilham Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri buat pertama kali sebelum ini.

Katanya, sewaktu lawatan Dr Mahathir, kedua-dua perdana menteri itu juga akan berbincang dengan lebih terperinci berhubung usaha mempertingkat hubungan dagangan antara kedua-dua negara.

Pada 2018, jumlah dagangan dua hala antara kedua-dua negara bernilai RM5.91 bilion, peningkatan 2.5 peratus berbanding RM5.76 bilion pada 2017.

Pakistan adalah rakan dagang ketiga terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Selatan.

Ikram berkata, Pakistan adalah negara destinasi terbesar eksport Malaysia di Asia Selatan dan ketiga terbesar bagi destinasi import Malaysia.

“Bagi Pakistan, Malaysia adalah rakan dagang ke-16 terbesar tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, dari segi pelaburan, perangkaan State Bank Pakistan bagi tahun kewangan 2017/2018, merekodkan Malaysia sebagai negara asing ketiga terbesar di Pakistan selepas China dan United Kingdom. - BERNAMA

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…