Proton sangkal produknya tidak boleh jump-start

oleh Careta.my|
Proton sekali lagi ingin menyatakan bahwa kesemua produk kenderaan mereka boleh menggunakan teknik bantu-mula atau jump-start dan ia tidak akan menyebabkan kerosakan teruk kepada Unit Kawalan Transmisi (TCU).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, harus diingatkan bahawa seperti kenderaan modern yang lain, produk Proton menggunakan sistem elektronik yang sensitif terhadap lonjakan kuasa dan oleh itu cara yang betul mesti diamalkan bila henda melakukan proses bantu-mula.

Proses yang betul ada ditulis di dalan buku Panduan Pemilik Proton yang datang sekali dengan kenderaan tersebut. Untuk membantu memudahkan lagi pengguna kerana Careta yakin ramai yang tak tahu kewujudan buku panduan tersebut, di sini Careta berkongsi panduan Bantu Mula yang betul mengikut panduan yang dibekalkan oleh Proton sendiri.


Bagaimana untuk bantu mula kenderaan anda - BM

Langkah-langkah yang perlu diambil seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan apabila menggunakan kabel “jumper‟ yang disambungkan kepada bateri dari kenderaan lain, seperti:

  1. Kenderaan mestilah dirapatkan supaya kabel "jumper‟ boleh disambungkan, tetapi pastikan kenderaan tidak menyentuh satu sama lain. Sekiranya bersentuhan, ia boleh menyebabkan sambungan bumi yang tidak diingini. Kenderaan mungkin tidak akan dapat dihidupkan dan pembumian tidak diingini boleh merosakkan sistem elektrik (Unit Kawalan Transmisi, TCU).
  2. Kenderaan yang membantu mestilah mempunyai bateri 12-volt dan keupayaan (Ah) bateri penggalak tidak boleh lebih rendah berbanding bateri yang tidak boleh digunakan, ini adalah untuk mengelakkan kerosakan litar pintas pada kedua-dua kenderaan.
  3. Gunakan hanya kabel „jumper‟ dengan pengapit bateri berpenebat.
  4. Kenderaan mestilah berada dalam keadaan "P" (PARK) untuk transmisi automatik dan "N" (NEUTRAL) untuk 
transmisi manual.
  5. Matikan pencucuhan pada kedua-dua kenderaan terlebih dahulu.
  6. Apabila menyambungkan kabel penggalak, jangan sambungkan positif (+) kabel ke negatif (-) terminal atau ia akan 
menyebabkan percikan api dan bateri boleh meletup.
  7. Kabel "jumper‟ negatif (hitam) tidak boleh dikapitkan ke saluran bahan api dengan sarung logam atau ke penapis 
bahan api atau garisan brek kerana ini boleh menyebabkan kebakaran.
  8. Hidupkan enjin kenderaan yang mempunyai bateri penggalak, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit dan 
kemudian hidupkan enjin kenderaan yang terjejas.
  9. Selepas enjin dihidupkan, buka sambungan kabel mengikut urutan terbalik.

Untuk panduan yang lebih terperinci, pemilik kereta Proton dinasihatkan untuk merujuk kepada buku panduan kenderaan mereka sebelum melakukan apa-apa bantu mula kecemasan kepada bateri.

PROTON sentiasa memastikan kereta-keretanya dikeluarkan mengikut piawaian keselamatan yang tinggi dan tidak menjejaskan keselamatan pelanggan. Untuk pemeriksaan lanjut dan penukaran bateri, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan Proton di 1800 888 398 atau emel kepada [email protected] untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkhidmatan yang disediakan ialah penggantian bateri, jump start bateri, tukar tayar, bantuan…