Proton Saga bukan sekadar sebuah kereta, tetapi simbol kebanggaan dan kemajuan rakyat Malaysia yang telah melakar nama di jalanan tempatan dan antarabangsa sejak 1985. Dengan kerjasama Mattel, pengeluar rasmi Hot Wheels, model ini menjadi item wajib milik buat pengumpul tegar dan peminat automotif tempatan.
Model ini boleh didapati di kedai mainan utama, pasar raya besar, kedai serbaneka, dan juga stesen minyak terpilih seluruh negara. Bagaimanapun, jumlah yang ditawarkan adalah terhad siapa cepat, dia dapat!
Awas Scalpers!
Disebabkan sambutan luar biasa, edisi khas ini mula diburu oleh scalpers di platform e-dagang seperti Shopee. Harga asal yang sepatutnya sekitar RM20–RM30 kini dijual semula dengan tanda harga mencecah RM42 dan ke atas. Laju mereka buat kerja


