Proton Saga Knight 1989 untuk dijual - RARE ni boh!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi pengikut jenama automotif negara, siapa sahaja yang tidak kenal dengan model yang satu ini - Proton Saga Knight Aeroback - yang lahir pada tahun 1989.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Proton Saga Knight diberikan nama 'KNIGHT' disebabkan populariti rancangan TV Knight Rider dan membawakan perubahan dari aspek kuasa, iaitu enjin Magma 8 Valve 1.5 liter berbanding enjin 1.3 liter Orion yang terdapat pada generasi pertama Saga.

Selain daripada enjin yang lebih berkuasa, Proton Saga Knight juga turut dilengkapi dengan decal unik tiga warna dan perkataan Knight yang boleh didapati pada bahagian sisi dan cermin belakang.

 


Lebih unik lagi, kereta Saga aeroback ini juga turut didatangkan dengan opsyen duck tail wing dan lip hadapan daripada getah yang dihasilkan oleh Eontech.

Menurut iklan yang muncul di Marketplace Facebook, Proton Saga Knight ini masih lagi mengekalkan enjin original Magma 8V 4G15 menghasilkan 76 kuasa kuda dan 127 Nm, dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan, serta sistem suspensi asal.

Walaubagaimanapun, sistem cagak asal telah digantikan dengan yang baharu.

 


Menurut pemilik asal, kereta ini tidak memiliki sebarang karat pada bahagian badan, manakala sistem pendingin hawa juga masih lagi beroperasi dengan baik - salah satu perkara yang positif berkenaan kereta-kereta Proton.

Buat pembeli yang mahu memiliki Proton Saga Knight ori ini, pemilik asal juga akan membekalkan anda dengan lencana original Knight (yang dicabut bagi mengelakkan kecurian), serta set decal tambahan sekiranya pemilik mahu mengecat baharu badan kereta ini.

Bagi penulis yang sememangnya membesar dengan kereta Proton, ini merupakan salah satu item yang tidak patut dilepaskan oleh peminat setia Proton, apatah lagi ia didatangkan dengan kehadiran logo Proton iron man yang bernyala.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut rakan media Funtasticko, model konsep ini dihasilkan khusus untuk sesi webinar reka bentuk…