Proton Saga baharu - platform moden, enjin lebih mesra alam

oleh Mohamad Hanif|
Tidak sampai sebulan pelancaran sedan marhaen Proton Saga dan seperti yang dijangkakan, pakej harga dan spesifikasi yang ditawarkan sememangnya menarik perhatian orang ramai.

Paling penting, pengurusan baharu dari China itu menggunakan pelbagai tektik pemasaran dan penggunaan belian media yang tinggi untuk mengubah persepsi pengguna terhadap jenama Proton.

Ini dibuktikan bila kaum Cina mula yakin untuk membeli Saga, Iriz dan Pesona, model-model yang sebenarnya masih sama secara teknikal seperti dahulu dan menggunakan enjin-enjin yang masih belum mampu melepasi piawaian EEV negara.

Wujudnya pusat-pusat pengedaran 4S moden milik kaum Cina juga menambahkan keyakinan pembeli dari bangsa itu terhadap jenama Proton kerana ia "bukan jenama Melayu" lagi.

Umum tahu, kuasa pembeli dari kaum Cina masih lebih kuat berbanding dengan yang lain.

Namun, jika kita melihat kembali kepada garis masa pelancaran model akan datang yang dibentangkan oleh Proton, dua sedan baharu bakal menyertai barisan kenderaan Proton bermula tahun 2021 dan 2022.

Menariknya, sedan yang bakal dilancarkan pada tahun 2021 itu sebenarnya adalah Proton Saga baharu!

 


Apatah lagi Proton Saga generasi ketiga akan berusia enam tahun ketika menghampiri tahun 2021, iaitu tempoh masa yang sesuai untuk kitaran sesebuah model. 

Jika diikutkan, Proton Saga generasi ketiga itu sebenarnya masih lagi menggunakan asas daripada Proton Savvy yang mula digunakan oleh Saga generasi kedua pada tahun 2008. 

Ini bermakna sudah hampir 15 tahun platform berusia tersebut digunakan oleh Proton untuk sedan aras mula ini!
 


Walaupun ia bertujuan untuk menjimatkan kos pembangunan, adalah mustahil untuk Proton terus menjadikan Saga sebagai sebuah model yang mampu berdaya saing tanpa menggantikan platform usang ini pada masa akan datang. 

Selain dari platform, enjin-enjin Proton yang terlalu lama dan tidak mampu untuk mendapat pengiktirafan EEV pun. Malah, lebih parah lagi, ia menyebabkan masalah untuk pihak kerajaan mengetatkan kadar pencemaran udara kerana Proton tidak mempunyai kebolehan untuk menghasilkan enjin tersebut secara ekonomikal.

Sebagai sebuah sedan harga mampu milik, dijangkakan Proton akan membangunkan Saga generasi baharu menggunakan platform sedia ada (Iriz/Persona). 

Manakala seperti yang kami sentuh sebelum ini, sedan kedua baharu akan muncul pada tahun berikutnya dan menurut sumber dalaman, model ini bakal menggunapakai platform Geely Binrui (platform BMA). 
 


Namun, persoalan yang lebih penting adalah: Adakah Saga generasi keempat akan menjadi lebih baik pada tahun 2021?

Sama-sama kita nantikan kemunculannya. 

Sumber gambar: Theophilus Chin

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Pengarah Pemasaran Proton, Cheng Seng Fook berkata, tempahan yang menggalakkan untuk sedan…
Pelancaran
Membawakan elemen-elemen yang sama seperti adik beradiknya Iriz 2019 dan Persona 2019, Saga 2019…
Berita Domestik
Majlis pelancaran tersebut dijangka akan berlangsung pada 6 Ogos ini bakal menyaksikan Proton Saga…