Proton Saga Anniversary Edition - 1,100 unit, harga dari RM39,300

oleh Mohamad Hanif|
Seperti apa yang anda lihat pada gambar yang tertiris semalam, itulah dia rupa sebenar Proton Saga Anniversary Edition, edisi khas yang dilancarkan bersempena dengan ulang tahun yang ke-35 nama Saga ke dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Proton menggunakan spesifikasi Saga Premium AT sebagai asas kepada model Saga Anniversary Edition, dengan beberapa penambahan ciri yang tidak terdapat pada model biasa.

 


Di bahagian luar, Saga ini dilayangkan dengan warna Quartz Black - warna yang tidak terdapat pada model Saga biasa - dai dihiasi dengan elemen kuning pada gril, lip hadapan, skirt sisi, pelindung cermin sisi dan kemasan pada 'diffuser' bumper belakang.

Set rim 15 inci pula adalah sama dengan yang terdapat pada Saga Premium, namun dilayangkan dengan warna matte grey.

 


Elemen kuning itu kemudian diteruskan di bahagian dalam, di mana Proton cuba menjadikan paparan kluster meter lebih berseri dengan kehadiran dua bulatan kuning, selain yang anda boleh lihat pada corong pendingin hawa, serta slot ruang peranti pintar.

Disebalik perubahan tersebut, tiada sebarang kenaikan kuasa ditawarkan, dan Saga Anniversary Edition ini masih kekal dengan enjin 1.3 liter empat silinder sebaris yang mampu menghasilkan 95 PS dan 120 Nm dengan padanan transmisi automatik empat kelajuan.

 


Lebih menarik, produksi Saga Anniversary Edition ini dihadkan kepada 1,100 unit sahaja, dengan harga jualan bermula dari RM39,300 atas jalan tanpa insurans.

Namun harus diingat, penambahan kit badan yang disebutkan di atas itu merupakan opsyen tambahan berharga RM2,035 (harga asal RM2,350) yang turut termasuk visor pintu, busa NVH pada bonet dan but serta tray plastik untuk ruang kargo.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Gambar ini diperoleh daripada sumber yang enggan dikenali, dan berdasarkan pengamatan, jelas…