Proton Saga 2023 kini menggunakan transmisi automatik Aisin

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Proton Saga dilaporkan menerima kemaskini baharu bagi tahun 2023, dimana ia kini menggunakan transmisi 4AT Aisin dari Toyota bagi menggantikan transmisi 4AT Hyundai.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut laporan rakan media WapCar, kemaskini baharu itu telah mula digunakan pada model yang dihasilkan semenjak bulan Mei 2023.

Walaubagaimanapun, Proton tidak mengumumkan apa-apa mengenai perubahan spesifikasi lain, termasuk penawaran harga yang masih sama.

 

2

 

Pada tahun 2022, Proton telah melancarkan versi kemaskini Proton Saga dengan beberapa perubahan ciri bersifat kosmetik.

Ia masih mengekalkan nadi S4PH 1.3 liter NA yang menghasilkan 95 PS dan 120 Nm, dipadankan dengan pilihan transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan yang kini menggunakan transmisi 4AT Aisin.

 

Sumber: WapCar

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Saw Jane Harn, 9 tahun dari Pulau Pinang telah diumumkan sebagai pemenang, di mana beliau menjadi…
Berita Domestik
Jualan bulan Jun mencatatkan jumlah 14,351 unit terjual (domestik + eksport), menjadikan jumlah…
Berita Domestik
Ini bermakna, Proton telah berjaya pulih semula daripada permulaan yang perlahan pada suku kedua…