Proton Saga 2022 rasmi - 4 varian, harga dari RM34,400

oleh Mohamad Hanif|
Proton akhirnya secara rasmi melancarkan versi kemaskini kepada sedan segmen A, Proton Saga 2022 dengan membawakan beberapa perubahan ciri bersifat kosmetik untuk pasaran tempatan.

Dari segi kuasa, ia masih lagi mengekalkan nadi 1.3 liter aspirasi natural yang mampu menjana kuasa 95 PS dan daya kilas 120 Nm, dipadankan dengan pilihan transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan.

Proton Saga MC2 ini boleh didapati dalam empat varian, iaitu:

  • 1.3L Standard MT - RM34,400
  • 1.3L Standard AT - RM38,300
  • 1.3L Premium AT - RM41,300
  • 1.3L Premium S AT - RM44,300

 

Saga CM2


Antara perubahan yang dibawakan termasuklah penggunaan logo Proton baharu berbentuk bulat, diikuti dengan panel sistem kawalan pendingin hawa, kemasan pada corong pendingin hawa, serta paparan panel meter.

Varian baharu 1.3L Premium S AT pula membawakan penambahan ciri seperti cermin sisi auto lipat, rim bersaiz 15 inci, roda stereng dan tempat duduk balutan kulit leatherette, butang pandu mula, sistem kemasukan tanpa kunci serta sistem lampu dalam malap sendiri.
 

Saga MC2


Rupa paras luaran varian S AT ini dipertingkatkan dengan penambahan kit badan yang merangkumi skirting depan dan sisi.

Selain itu, varian tertinggi itu turut menerima skrin infotainmen bersaiz tujuh inci dengan sokongan sambungan kepada peranti Android dan iOS, diikuti dengan tiga slot USB (1x data, 2x pengecasan).

Secara standard, Proton Saga MC2 masih lagi mendapat kelengkapan seperti dua beg udara, ABS, EBD dan Bantuan Brek, sementara varian 1.3L Standard AT pula mendapat penambahan ciri kawalan kestabilan elektronik (ESC), kawalan cengkaman (TCS), serta bantuan mula mendaki (HHA).
 

Saga MC2


Dua varian tertinggi pula mendapat tambahan penderia parkir depan, serta kamera undur terhadap dua unit penderia parkir belakang yang tersedia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kami dapati bahawa jumlah ini adalah tambahan daripada 243,000 tempahan tertunggak, bersamaan…
Berita Domestik
Antara unit yang sudah pun mula dipasang termasuklah Ninja 250 ABS dan Z250 ABS, serta model Ninja…
Berita Domestik
Ya, menurut pekeliling dalaman yang dilihat sendiri oleh rakan media Paultan, Perodua masih lagi…