Proton Saga 2019 facelift - sedan marhaen kini lebih moden!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahun ini memang merupakan tahun yang sangat sibuk buat Proton, setelah mereka memulakan momentum dengan pelancaran SUV Proton X70 tahun lalu, dan kemudian diikuti oleh facelift Iriz, Persona dan Exora. 

Tidak ketinggalan, mereka juga kini giat menguji model marhaen, Proton Saga berdasarkan gambar-gambar intipan yang diperoleh menerusi media sosial. 

Difahamkan, banyak juga perubahan yang dibawakan oleh Proton untuk Proton Saga ini. 

Setakat ini, tiada sebarang gambar rasmi didedahkan, dan kami hanya merujuk kepada manipulasi gambar yang dibuat oleh The Ajerul untuk gambaran bagi model facelift Proton Saga 2019.

Namun, yang paling ketara ialah perubahan transmisi daripada CVT Punch kepada unit baharu transmisi automatik daripada Hyundai PowerTech empat nisbah kelajuan. 

Selain daripada itu, rekaan gril hadapan juga turut membawakan elemen infinite weave daripada abangnya Proton X70, serta bumper hadapan baharu dengan ciri lampu nyalaan siang LED. 
 


Bagi menampakkan Saga tidaklah terlalu ketinggalan zaman berbanding usianya, pihak Proton mendatangkan unit infotainmen jenis skrin sentuh 'terapung' yang diposisikan di bahagian atas papan pemuka. 

Jika anda perasan, ia diletakkan bagi menggantikan posisi asal corong pendingin hawa yang ada pada model terdahulu. 

Besar kemungkinan ia akan ditawarkan pada model Premium sahaja, manakala model standard masih kekal dengan unit hiburan asas 2-DIN. 

Tidak dilupakan, panel meter juga turut diberikan tumpuan dengan panel meter baharu yang didatangkan pada Proton Exora 2019 serta skrin paparan info berbilang. 

Mengikut sumber yang diperoleh daripada rakan media Funtasticko.net, Saga facelift akan menerima ABS sebagai ciri standard untuk semua varian, manakala ciri Kawalan Cengkaman pula akan dikhususkan kepada varian Premium. 

Dan tiada lagi penggunaan rim kompang seperti mana kebiasaan Proton memperkenalkan varian Standard, sebaliknya kesemua varian akan dibekalkan dengan rim aloi. 
 

 

Apa yang pasti dengan perubahan yang dibawakan nanti, harga jualan bakal menjadi penentu kepada kedudukan Saga sebagai sedan aras mula di pasaran Malaysia. 

Kami jangkakan harga jualan mungkin akan menurun sedikit mengikut kepada pengumuman harga jualan bagi Iriz 2019 yang bermula dari RM36,700.

Sebagai perbandingan, harga jualan Proton Saga terkini bermula dari RM33,591 untuk varian Standard MT sehinggalah kepada RM41,847.00 untuk varian Premium CVT. 

Sumber: The Ajerul, Funtasticko

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad berkata, mangsa yang beralamat di Taman Desa…