Proton S70 2026 terima 7,157 tempahan awal, Lebih 40,000 unit sudah diserahkan sejak 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Proton terus mencatat momentum positif dalam segmen sedan apabila model Proton S70 versi 2026 menerima 7,157 tempahan sejak tempahan dibuka pada 11 Februari 2026.

Sambutan awal yang memberangsangkan itu mencerminkan keyakinan berterusan pengguna Malaysia terhadap sedan tersebut, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam sedan segmen C untuk pasaran tempatan.

Sejak diperkenalkan pada November 2023, Proton S70 menunjukkan prestasi jualan yang konsisten dengan jumlah penyerahan kini melebihi 40,112 unit. 

Pencapaian itu menjadi penanda aras penting buat Proton, selain membuktikan bahawa minat terhadap sedan dalam kalangan pengguna Malaysia masih kukuh, terutama apabila ditawarkan dengan kombinasi teknologi moden dan nilai yang kompetitif.

 

3

 

Kejayaan Proton S70 juga sedikit sebanyak mengubah landskap persaingan dalam segmen sedan tempatan, dengan rekaan yang moden, prestasi tinggi serta harga yang berpatutan.

Dari sudut prestasi, Proton S70 2026 dikuasakan enjin 4 silinder i-GT 1.5 liter turbo yang menghasilkan 181 PS dan 290 Nm, dipadankan dengan transmisi dwi-klac tujuh kelajuan. 

Selain prestasi, Proton turut menekankan aspek keselesaan dan teknologi dalam kabin, ruang dalaman yang luas, ciri ketersambungan moden serta pelbagai teknologi bantuan pemandu menjadikan S70 lebih menarik kepada pengguna yang mengutamakan keselesaan, praktikaliti serta keselamatan dalam penggunaan harian.

Dari aspek selepas jualan, Proton kini memiliki 190 pusat 3S dan 4S serta 77 pusat Body & Paint (B&P) di seluruh Malaysia, memastikan pelanggan mempunyai akses mudah kepada perkhidmatan penyelenggaraan dan selepas jualan.

 

2

 

Selain itu, beberapa inisiatif turut diperkenalkan bagi meningkatkan pengalaman pemilikan pelanggan, termasuk perkhidmatan 1-Day Service Delivery serta penyediaan kenderaan gantian sekiranya proses pembaikan mengambil masa yang lebih lama.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa, pencapaian melepasi 40,000 unit sejak pelancaran merupakan satu kejayaan penting bagi Proton dan menunjukkan tahap kepercayaan yang tinggi daripada rakyat Malaysia terhadap model tersebut. 

Beliau turut menegaskan bahawa Proton akan terus membina momentum itu sambil memastikan pelanggan menikmati pengalaman pemilikan yang kukuh melalui sokongan rangkaian perkhidmatan di seluruh negara.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut PROTON, bantuan tersebut melibatkan pelbagai inisiatif termasuk pembangunan pusat…
Berita Domestik
Majlis penyerahan tersebut berlangsung di ibu pejabat Kementerian Pengangkutan di Putrajaya pada 12…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, jualan kenderaan Proton bagi dua bulan pertama tahun ini mencecah 33,399 unit,…