Proton S70 2024 rasmi, empat varian, dari RM73,800

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada model sedan terbaharu daripada pengeluar Proton, iaitu Proton S70 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk makluman, sedan kompak Proton S70 dilancarkan sebagai pengganti kepada model sedan segmen C Proton Preve, walaupun ia sebenarnya dibangun menggunakan pelantar BMA (B-segmen Modular Architecture) Geely.
 

S70


Terdapat empat varian utama yang ditawarkan, setiap satu dibekalkan dengan nadi tiga silinder 1.5 liter turbo dengan kuasa 150 PS @ 5,500 rpm dan daya kilas 226 Nm @ 1,750-4,000 rpm yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar (DCT) tujuh kelajuan.

Sistem gantungan sedan ini terdiri daripada topang MacPherson di hadapan, diikuti torsion beam di bahagian belakang.

Ia membawakan ukuran sepanjang 4,602 mm, lebar 1,809 mm, tinggi 1,466 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,627 mm.

Berikut merupakan perincian bagi setiap varian S70:

 

1.5T Executive (RM73,800)

Ex


Lampu utama halogen
Lampu nyalaan siang LED
Rim aloi 16 inci, tayar 205/55R16
Paparan meter analog
Tiga mod pemanduan (Eco, Sport, Comfort)
Butang pandu mula
Roda stereng urethane
Tempat duduk balutan fabrik
Sistem pendingin hawa manual, penapis kabin N95
 

ex


Corong pendingin hawa baris kedua
Skrin infohibur 8 inci, sokongan peranti pintar dan Bluetooth
Sistem audio dengan empat pembesar suara
5 slot USB (3 depan, 2 belakang)
Penderia parkir belakang
6 beg udara SRS
ABS, EBD, Bantuan Brek, Auto Brake Hold, ESC, TCS, HHA, Kawalan Jelajah
ADAS - Amaran Pelanggaran Belakang (RCW), Bantuan Penukaran Lorong (LCA), Amaran Bukaan Pintu (DOW), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)

 

1.5T Premium (RM79,800)

s70

tambahan kepada ciri di atas
Lampu utama LED, fungsi nyalaan automatik
Roda stereng leatherette
Tempat duduk balutan leatherette
Sistem pendingin hawa automatik
Perehat tangan baris kedua
Kamera undur
Penderia parkir hadapan
Bar lampu belakang

 

1.5T Flagship (RM89,800)

S70


tambahan kepada ciri di atas
skrin infohibur 12.3 inci, sokongan arahan suara, navigasi, penstriman muzik, ramalan cuaca
Skrin kluster LCD penuh
Sokongan aplikasi kawalan jauh PROTON Link
Sistem audio dengan 6 pembesar suara
 

flagship


Slot pengecasan peranti pintar tanpa wayar
Ciri ADAS - Brek kecemasan autonomi (AEB), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Kawalan Jelajah Pintar (ICC), Amaran Keluar Lorong (LDW), Pengelakan Keluar Lorong (LDP), Kawalan Pemusatan Lorong (LCC), Informasi Papan Tanda Trafik (TSI), Bantuan Suluhan Tinggi Pintar (IIHBC)
Kamera 360 darjah dengan paparan 3D
Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)

 

1.5T Flagship X (RM94,800)

s70


tambahan kepada ciri di atas
Bumbung suria
Alat Perakam Video Digital (DVR)


Proton menawarkan lima pakej standard untuk setiap pembelian, merangkumi:
• Jaminan lima tahun tanpa had perbatuan
• Pakej data 1GB/bulan selama lima tahun
• Percuma kos buruh enam kali
• Kadar pembiayaan bermula 2.34% pa
• Program Insurans Proton

Untuk 3,000 pembeli pertama, Proton menawarkan pakej eksklusif berupa kit aero bernilai RM3,130 (khas untuk varian Flagship X), baucer servis RM500, dan naiktaraf program insurans.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Global
Untuk itu, divisyen R3 Motorsports yang kini berada dibawah naungan Proton Global Services (PGS)…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…