Proton rasmi Pusat Pameran 4S pertama di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd, (Fook Loi) secara rasminya membuka Pusat 4S PROTON terbesar pertama di Malaysia pada hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal bersama Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, barisan Pengarah Fook Loi dan ahli pengurusan kanan PROTON yang telah turut sama hadir.

Pencapaian PROTON yang semakin meningkat berbanding tahun lepas jelas menunjukkan bahawa jenama ini berada di landasan yang betul. 

Sejak penjanjian antara PROTON-Geely ditandatangani pada Oktober 2017, pelbagai peningkatan dapat dilihat melalui beberapa perkara. 

 


Bermula dengan pelancaran Proton X70 pada 12 Disember 2018, PROTON telah menambahbaik kesemua rangkaian modelnya yang mana telah menjadikan jumlah pegangan saham meningkat secara berterusan. 

Pegangan pasaran keseluruhan Syarikat kini adalah pada 15% iaitu sebanyak 52,269 unit kereta telah dijual, pertumbuhan sebanyak 47% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2018.

Prestasi yang memberangsangkan ini telah menarik perhatian banyak pelabur seperti Fook Loi. 


 


Bagi Thomas Chiu Kui Yin, Pengarah Eksekutif Kumpulan Fook Loi, keputusan yang diambil untuk menjadi pengedar PROTON adalah mudah.

"Keputusan yang diambil untuk menjadi pengedar PROTON tidak sukar kerana kami yakin pada potensi PROTON di Sabah.

Rangkaian model Proton sedia ada sangat berdaya saing dan mempunyai teknologi yang canggih serta dilengkapi ciri-ciri yang mampu menarik minat generasi pembeli kereta baharu"

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…