Proton rasmi pusat pameran 4S pertama di Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Proton telah selesai melancarkan Setia Gemilang Auto Sdn Bhd, pusat pengedar pertama yang bertaraf 4S menampilkan wajah dan imej baharu yang lebih segar.

Acara perasmian itu telah disempurnakan oleh Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton dan turut dihadiri oleh Dato Razaif Mohamed, Timb. Ketua Pegawai Eksekutif, Abd Rashid Musa, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton.

Turut hadir Ahli Parlimen Sungai Buloh, YB Sivarasa Rasiah yang turut memberikan ucapan tahniah kepada Proton. 
 


Dengan penampilan imej baharu yang segar, ini menandakan Proton kini benar-benar serius di dalam menyediakan khidmat dan pengalaman baharu kepada para pelanggan.

Menurut Dr Li Chunrong, dengan penambahbaikan yang dilakukan, Proton berharap agar dapat menarik lebih ramai orang berkunjung ke pusat pameran untuk merasai suasana yang baru sepanjang pengalaman pemilikan kereta Proton mereka.

Pusat bertaraf 4S ini menampakkan empat elemen iaitu gaya hidup global, teknologi, keceriaan dan prihatin yang mewakili penampilan segar Proton masa kini.
 


Setia Auto Gemilang Sdn Bhd kini dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan dan servis seperti ruang letak kenderaan yang luas, 14 tempat servis, 12 ruangan mengetuk dan mengecat, serta ruang menunggu yang amat selesa.

Didirikan diatas tanah seluas dua ekar dan kawasan yang strategik, pusat pameran 4S pertama Proton ini mampu menyediakan servis kepada para penduduk sekitar.

Menurut Andrew Quek Tze Kean, Pengarah Setia Gemilang Auto Snd Bhd berkata, "Saya amat teruja dengan pembukaan pusat bertaraf 4S ini, dan berterima kasih kepada Proton, serta pasukan saya sendiri atas usaha, kerja dan sokongan yang berterusan."
 


Serentak dengan majlis perasmian tersebut, Setia Gemilang Auto turut menyampaikan kereta baharu kepada 10 orang pelanggan yang terpilih. 

Proton kini sedang berusaha untuk menaiktaraf cawangannya di seluruh negara dengan peratusan pencapaian semasa kini mencecah hampir 75% di dalam tempoh lima bulan, dua bulan lebih awal berbanding jadual asal.

Sehingga Mei 2018, sebanyak 82 cawangan telah bersedia menaik taraf fasiliti mereka kepada pusat 3S dan 4S. 
 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Lebih kurang 30 kelab kenderaan menyokong aktiviti tersebut dan ia tidak hanya membabitkan…
Berita Domestik
Pertengahan bulan yang lalu, kami diberikan peluang untuk menemuramah Encik Shantanu Majumdar,…
Hezeri Samsuri
Malaysia contohnya sudah mempunyai spesifikasi dan standard homologasi yang paling ketat dan paling…