Proton rangkul anugerah rekaan reruai terbaik di EVM Asia 2022

oleh Penyumbang Rencana 2|
Proton telah berjaya memenangi anugerah rekaan reruai terbaik di dalam acara EVM Asia 2022 yang dianjurkan pada 27 hingga 29 September 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Para juri menilai reka bentuk reruai berdasarkan kriteria seperti kreativiti dan keunikan reka bentuk, persembahan, serta penampilan keseluruhan yang menggambarkan mobiliti masa depan. 
 

EVM


Menerusi acara yang berlangsung di MITEC itu, Proton mempamerkan nilai teras jenamanya iaitu Teknologi Inovatif menerusi dua model SUV popularnya, iaitu Proton X70 dan Proton X50.

Dilengkapi dengan enjin 1.5TGDi yang dibina di salah sebuah kilang berteknologi tinggi di rantau ini, nadi ini bakal membantu Proton ke arah IR4.0 untuk tahap kecekapan yang optimum, memacu evolusi ke arah ketersambungan termaju, hibridisasi dan pemanduan autonomi untuk produk Proton akan datang. 
 

EVM


Di reruai tersebut, Proton mempamerkan tiga tunjang utama seperti berikut: 

  • Ketersambungan - sistem operasi infohibur Altas & jam tangan pintar X-Watch
  • Inovasi - trenkuasa hibrid ringan yang terdiri daripada enjin 1.5 TGDi dan sistem starter generator pacuan tali sawat (BSG). 
  • Kebolehpercayaan - sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) yang boleh dinikmati menerusi bantuan simulasi VR.