PROTON PERSONA MC2 - PERLU PENGGANTI YANG LEBIH BAIK

oleh Firdaus Razani|
Proton Persona, memang tidak asing lagi dalam pasaran automotif negara, walaupun dikritik dari pelbagai aspek seperti reka bentuk, penggunaan bahan api, namun ia masih banyak di atas jalan raya ketika ini.

Mengimbas kembali sejarah Persona ini dalam barisan jenama PROTON, generasi pertama mula diperkenalkan pada tahun 2007 yang direka menjadi pengganti sebenar Proton Wira.

Ia turut mengambil asas dari Proton Gen2 hatchback, yang ketika itu, ia dikritik hebat oleh pengguna dengan beberapa isu dan Persona merupakan model pembaikan dari Gen2, hasil dari ‘feedback’ yang diterima.

proton

Selepas hampir 10 tahun Persona generasi pertama berada di pasaran, pada 2016, generasi kedua pula menjadi pengganti seterusnya untuk berada di pasaran sedan segmen-B sehingga kini.

Persoalannya, adakah Proton Persona masih relevan hingga kini? dengan segala tomahan yang diterima seperti reka bentuknya yang kurang menarik, kereta kuat ‘makan minyak’ dan beberapa lagi hal yang lain.

 

proton

 

Memang tidak disangkal, PROTON berjaya membuat Persona sebuah kereta yang praktikal, dengan ergonomik kedudukan yang selesa, leg room yang luas dan ruang kargo yang besar.

 

proton

 

Perkara tersebut mungkin menjadi ‘key features’ bagi pembeli Persona, untuk melengkapi keperluan atau kegunaan bagi memudahkan urusan dan kerja harian.

 

proton

 

Selain itu, memang tidak dinafikan, kejuruteraan Proton berjaya hasilkan produk yang beri pengalaman pemanduan yang menarik dari segi kawalan kenderaan.

Ya, ciri-ciri tersebut memang amat sesuai untuk dijadikan kereta keluarga yang lebih luas, lebih kuasa prestasi dari model yang lebih mampu milik Proton iaitu Proton Saga.

 

proton

 

Namun, adakah disebabkan reka bentuk Persona yang tidak menarik juga telah membuka lubang dan ruang untuk ramai mengkritik kekurangan Persona yang lain?

Ya lah, kebanyakkan orang, bila dah tak suka, mula cari kesalahan yang lain untuk meyakinkan perasaan tersebut.

 

proton

 

Mungkin untuk generasi seterusnya model Persona, Proton boleh hasilkan model yang lebih menarik dari segi reka bentuk dan lebih cekap penggunaan bahan api? supaya dapat ’membisukan’ pengkritik?

 

proton

 

Secara keseluruhan, untuk kereta yang berharga bawah RM60,000, ia bukanlah kereta yang teruk, bagi penulis, Persona hanya perlu ditambahbaikan sedikit lagi untuk menjadi sebuah kereta yang menarik.

 

proton

 

Pada pendapat penulis, Proton Persona MC2 kini sudah ada ciri-ciri yang baik, tetapi ia masih belum cukup, mungkin ada 60 peratus yang perlu ditambahbaik untuk menjadi produk asli Proton yang cemerlang.

Rating yang boleh diberi pada Proton Persona terkini adalah;

  • Reka bentuk : 6/10
  • Praktikaliti : 8/10
  • Keselesaan : 8/10
  • Pengunaan bahan api : 5/10
  • Pemanduan : 8/10

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga keping gambar itu jelas menunjukkan beberapa perubahan besar yang dibawakan pada model…