Proton Persona facelift - bakal lancar tahun ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Proton bakal lancarkan Persona dengan wajah baharu tahun ini.

Gambar-gambar rasmi yang dipaparkan oleh Proton menyaksikan beberapa pertukaran komponen luaran utama untuk menjadikan ia lebih relevan kepada pasaran semasa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Antaranya ialah bentuk gril hadapan yang mirip kepada konsep yang ada pada SUV X70. Selain dari itu, corak Infinite Weave turut digunakan pada gril tersebut. 


 

 

Lampu DRL jenis LED pula dimasukkan ke bahagian bawah bamper dan nampak lebih serasi.

Tulisan Proton juga diletakkan di bahagian atas penutup but, menggantikan logo Proton yang besar - mirip ciri-ciri rekabentuk Porsche.

Roda aloi 15-inci juga ditukar dan antena jenis sirip jerung diberikan.

 

 

Tidak ada sebarang keterangan mengenai bahagian kabin Persona ini walaupun dari gambar kelihatan corak tempat duduk fabrik nampak konemporari dan tuil gear juga kelihatan sedikit berbeza.

Sumber-sumber lain pula memberitahu Careta bahawa model hatchback Iriz akan dilancarkan dalam tahun 2021 menggunakan platform Geely.

Model-model terbaharu Proton juga dikhabarkan akan dibangunkan di China dan bukan di Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…