Proton Persona 2019 - RM5,000 lebih rendah, tetapi isi kandungan ditambah perencah

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Semua tahu bahawa Proton tidak pernah merancang untuk membina varian sedan untuk Iriz. 

Persona yang sepatutnya akan menggunakan platform lain tetapi kekangan kewangan menyebabkan Persona dibina berdasarkan Iriz hatchback. 

Biarpun begitu, Persona masih menjanjikan satu pakej yang baik untuk harganya.

Namun begitu, pengurusan baharu Proton yang diketuai oleh Dr Li Chunrong berkata, jumlah jualan Persona masih tidak membuktikan sokongan dari golongan sasar yang tepat.

Oleh itu, kali ini Proton tidak mengendahkan sokongan fanatik yang hanya membuatkan mereka syiok sendiri, tetapi mula bangkit dengan pakej-pakej yang akan lebih menarik pasaran yang mahu membeli sebuah sedan mampu milik dengan ciri-ciri keselamatan dan pengendalian ala Eropah.

Berikut merupakan perubahan yang dibawakan oleh Geely bagi menjadikan Persona lebih menarik. 
 

 

  • Seperti Iriz, Persona juga kekal dengan rupa luaran yang diperbaharui, paling menonjol di bahagian grill dengan elemen Infinite Weave dan Ethereal Bow. 
  • Lampu DRL diposisikan lebih tinggi berbanding yang terdapat di Iriz
  • Bumper belakang juga menerima rekaan baharu, tampak lebih kena dengan imej Persona berbanding model pra-facelift.
  • Antena sirip jerung kini merupakan aksesori standard untuk semua varian
  • Rekaan rim juga diperbaharui dan dilihat lebih sesuai menduduki ruang arca roda Persona Facelift

 

  • Bahagian belakang kini lebih ringkas tanpa logo harimau Proton, dan digantikan dengan tulisan Proton. 
  • Secara keseluruhannya, apa yang ada pada Iriz Facelift turut ditawarkan pada Persona Facelift, seperti rekaan kluster meter yang lebih berjiwa muda, tidak membosankan.
  • Sistem audio baharu didatangkan dengan ciri Hi Proton, dan akaun 4G dengan kuota 1GB sebulan bagi pembeli varian Premium.
  • Layangan warna dua tona masih lagi menguasai ruangan kabin Persona bagi menampakkan ia lebih luas. 
  • Menurut Proton, 303 aspek penambahbaikan telah diberikan perhatian bagi menjadikan pemanduan Persona baharu lebih senyap, dan lebih responsif.

 

 

  • Ia termasuklah menala kembali kotak gear CVT bagi menjanjikan penggunaan bahan api yang lebih jimat.
  • Enjin VVT 1.6 liter masih dikekalkan, tiada sebarang perubahan dilakukan pada output 107 hp dan 150 Nm yang masuk penuh pada putaran enjin 4,000 rpm.
  • Sistem keselamatan masih lagi menjadi fokus utama Proton untuk Persona, di mana ciri ABS, EBD, kawalan kesabilan, Bantuan Mula Mendaki dan Cagak ISOFIX adalah kelengkapan standard. 
  • Versi Premium didatangkan dengan enam buah beg udara.

 


Menariknya, harga jualan untuk untuk Proton Persona Facelift bermula dari RM42,600 sehingga RM54,600 atas jalan tanpa insurans. 

Berikut merupakan varian yang ditawarkan:

Persona 1.6 STD MT - RM42,600
Persona 1.6 STD CVT - RM44,600
Persona 1.6 EXEC CVT - RM49,600
Persona 1.6 PREMIUM CVT - RM54,600

Proton juga turut menawarkan pakej servis yang dikecualikan kos buruh selama tiga kali, cukai jalan percuma selama dua tahun untuk 1,000 pelanggan pertama, dan kadar faedah pembiayaan serendah 2.93%. 

Perlindungan insurans juga turut merangkumi perkara berikut:


Dengan 303 penambahbaikan yang sudah pasti tidak akan termuat semuanya di dalam sebuah artikel yang ringkas ini, anda kini mempunyai pilihan di tangan masing-masing. 

Untuk sebuah sedan segmen B dengan gaya pemanduan yang mantap, selesa dan meyakinkan, dan harga yang kini lebih rendah, Proton Persona ternyata merupakan satu produk yang amat berbaloi untuk dimiliki. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Domestik
50 unit Iriz tersebut telah diubah suai oleh syarikat ACE yang merupakan salah satu anak syarikat…
Berita Domestik
Untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini, Proton telah mencatatkan sebanyak 87,481 unit kenderaan…