PROTON Perkenal Sistem VR Bahasa Melayu Pertama Di Dunia Melalui X50 Serba Baharu - Aisyah

oleh Qalif Latif|
PROTON mencatat sejarah baharu apabila memperkenalkan sistem Pengecaman Suara (VR) Bahasa Melayu pertama di dunia pada model PROTON X50 Serba Baharu yang baru dilancarkan hari ini. Inovasi ini menandakan satu pencapaian global, tujuh tahun selepas PROTON mula memperkenalkan sistem arahan suara "Hi Proton" dalam Bahasa Inggeris ke pasaran Malaysia.
JAECOO Q4 MREC Banner Campaign November Starting: 3rd Nov

Aisyah
Fungsi VR Bahasa Melayu yang diberi nama 
Aisyah. Direka supaya terasa mesra dan mudah diakses, Aisyah mampu memahami lebih 4,000 variasi arahan dalam Bahasa Melayu selain sokongan sedia ada dalam Bahasa Inggeris.

Pembangunan sistem ini dilaksanakan bersama ACO Tech, melibatkan lebih 336,000 jam kerja sejak Oktober 2024 sehingga Mei 2025. Sebanyak 200 sampel suara lelaki dan wanita direkodkan bagi memastikan pengecaman yang tepat termasuk variasi perbualan harian seperti “buka tingkap” dan “bukakan tingkap”.

Menurut Zhang Qiang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, pengenalan teknologi ini mencerminkan semangat “dibuat oleh tempatan untuk tempatan”. Beliau menegaskan bahawa sistem VR ini akan terus diperkasakan dengan kemas kini Over-The-Air (OTA), membolehkan perbendaharaan kata sentiasa berkembang. Malah, integrasi suara lelaki serta dialek lain sedang dalam kajian untuk versi akan datang.
X50

Sejak diperkenalkan pada Proton X70 pada 2018, sistem arahan suara telah menjadi sebahagian penting pengalaman pemanduan di Malaysia. Data PROTON bagi Jun 2025 merekodkan 2.8 juta transaksi arahan suara, dengan lebih 228,000 pengguna aktif sebulan membuktikan kepentingannya kepada pemandu tempatan.

Dengan inovasi ini, PROTON bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju teknologi automotif tempatan, malah berjaya menempatkan Malaysia di peta dunia sebagai negara pertama yang memperkenalkan sistem VR automotif dalam Bahasa Melayu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sempena ulang tahun ke-4 Proton X70, ini 10 fakta yang perlu anda tahu mengenainya:     X70…
Telah Diuji
Yang pasti, untuk model kemaskini terbaharu ini, Proton telah banyak membawakan penambahbaikan bagi…
Berita Domestik
Teaser kedua yang dimuatnaik pada hari ini memberikan fokus kepada Proton Persona, di mana anda…