Proton pamer model tanah liat SUV di Malaysia Autoshow 2018

oleh Mohamad Hanif|
Proton juga turut mengambil kesempatan sempena Malaysia Autoshow 2018 di MAEPS baru-baru ini dengan mempamerkan model tanah liat acah SUV pertama jenama itu.

Dipamerkan pada tingkat atas booth Proton, pengunjung juga dapat melihat ciri-ciri yang bakal ditawarkan oleh SUV itu melalui aplikasi virtual reality iPad yang telah disediakan oleh Proton.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Model yang berasaskan Geely Boyue itu bakal diperkenalkan secara rasmi pada suku keempat 2018. 

Melalui ruang pameran yang disediakan, Proton dilihat bakal menawarkan sejumlah ciri-ciri keselamatan pada SUV itu seperti:

  • Autonomous Emergency Braking
  • Adaptive Cruise Control
  • Lane Departure Warning
  • Blind Spot Detection
  • Intelligent High Beam Control
  • kamera 360 darjah
  • pembersih udara pintar

 


SUV ini bakal menerima nadi kuasa enjin TGDI (Turbo Gasoline Direct Injection) yang berkemungkinan besar nadi yang sama ditawarkan di China bersesaran 1.8 liter turbo menghasilkan 181 hp dengan kuasa tork setinggi 285 Nm. 

Terdapat satu ciri menarik yang turut dipamerkan iaitu Smart Phone Remote Control.

 

 

Berdasarkan penawaran Proton terhadap SUV pertama ini, adakah ia mampu menawan kembali pasaran domestik melawan pesaing-pesaingnya yang lain?

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun butiran lanjut berkenaan model tersebut masih lagi samar-samar, sebuah laman web automotif…