Proton mulakan fasa produksi SUV X90 2023, pelancaran dalam masa terdekat?

oleh Mohamad Hanif|
Serentak dengan pembukaan barisan Stamping D-Line di kilang Proton Tanjung Malim, syarikat pengeluar kereta nasional itu turut mengumumkan permulaan fasa produksi SUV tiga baris tempat duduk Proton X90.

Difahamkan, SUV X90 itu akan dilancarkan secara rasmi pada tahun ini bersempena dengan sambutan ulang tahun Proton yang ke-40.

Spesifikasi penuh model tersebut masih lagi belum didedahkan secara rasmi.
 

X90


Namun berdasarkan laporan terdahulu, Proton X90 merupakan model pertama Proton yang akan menerima trenkuasa hibrid ringkas.

Trenkuasa itu terdiri daripada enjin 1.5 liter dengan bantuan induksi paksaan turbo, dipadankan dengan sistem hibrid ringan 48-voltan Belt-Driven Starter Generator (BSG).

Enjin tiga silinder sebaris itu dijangka berupaya menjana kuasa setinggi 190 PS @ 5,500 rpm dan daya kilas 300 Nm @ 1,500-4,000 rpm, jauh lebih berkuasa berbanding enjin 1.5 liter standard (177 PS/255 Nm).
 

X90


Sayang sekali, kami tidak dapat mengambil gambar SUV tiga baris tempat duduk itu dengan lebih dekat, disebabkan para pengamal media tidak dibenarkan membawa masuk kamera ke dalam fasiliti tersebut.

Namun berdasarkan imej tunggal yang dibekalkan, Proton X90 itu membawakan rekaan jeriji yang berlainan daripada Proton X70 dan X50, bertepatan dengan apa yang telah kita lihat dari gambar spyshot sebelum ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bermakna, ia tidak akan muncul sebagai sebuah kereta produksi dalam masa terdekat. Namun dalam…
Berita Global
Ia muncul pada pertengahan bulan Julai tahun lepas di mana rekaannya banyak diinspirasikan daripada…
Berita Global
Disebabkan gangguan bekalan komponen dan alat ganti automotif, Toyota pada September lalu membuat…