Proton mula produksi enjin 1.5 TGDI di Tanjung Malim, sasar 180k unit setahun

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Proton hari ini memperlihatkan barisan pemasangan enjin 1.5 TGDI serba baharu di Tanjung Malim yang telah beroperasi sejak bulan April lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terletak di kawasan Enjin dan Trenkuasa Proton Tanjung Malim, ia merupakan salah satu barisan pemasangan enjin automotif tercanggih di negara dengan keluasan 18,000 meter persegi serta kapasiti maksimum semasa sebanyak 180,000 unit dengan operasi tiga syif dilakukan.
 

enjin


Kilang baharu ini mempunyai 88 stesen yang terdiri daripada 17 stesen automatik, 15 separa automatik, dan 56 stesen manual di mana barisan pemasangan enjin 1.5 TGDI ini dibina menggunakan etos IR 4.0 yang menampilkan tahap automasi yang tinggi untuk meningkatkan produktiviti.

Terletak dalam persekitaran yang bersih, suhu bilik yang terkawal dan mempunyai stesen anti-statik untuk membolehkan pelepasan elektrik statik untuk melindungi komponen elektronik berteknologi tinggi, talian pemasangan bergerak pada sistem penghantar yang bukan sahaja lebih lancar tetapi juga lebih bersih, lebih tahan lama dan lebih murah untuk dikendalikan daripada yang menggunakan rantai.

Semua pekerja di barisan pemasangan telah menjalani latihan yang luas dengan Geely serta pembekal mesin yang digunakan seperti ABB, COMAU, FEV China, FEV India, WiBeda dan Hangxin.

Ia juga menggunakan teknologi Internet of Things (IOT) dalam bentuk alat pengumpulan data intensif dan analisis untuk memastikan kualiti memenuhi piawaian yang diperlukan dan dikekalkan.

Selain itu, 207 kawalan Error Mistake Proofing (EMP) dan 34 kamera pintar resolusi tinggi telah dipasang pada barisan pengeluaran untuk mengelakkan kecacatan proses dan pemasangan serta mengurangkan masa henti dengan keupayaan pengesanan kecacatan dengan kadar segera.
 

enjin


Menurut Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, "barisan pemasangan enjin baharu Proton menunjukkan bahawa syarikat mengotakan janjinya kepada pihak berkepentingannya.

"Apabila perjanjian dibuat dengan Geely pada tahun 2017, salah satu komitmen kami adalah untuk melabur di dalam industri automotif Malaysia dari segi kewangan dan melalui pengenalan komponen baharu berteknologi tinggi.

"Barisan pemasangan baharu ini memenuhi syarat yang telah ditetapkan, di samping memberi laluan kepada Proton untuk menarik dan membangunkan bakat muda yang akan membantu memacu industri automotif dan syarikat masa hadapan," jelasnya lagi.
 

protn


Difahamkan, sebanyak 30 peratus jumlah komponen tempatan digunakan untuk menghasilkan enjin 1.5 TGDI ini dan pastinya kadar peratusan tersebut lebih tinggi apabila ia dipasangkan bersama model kereta Proton yang sedia ada.

Dalam masa yang sama, hasil komponen enjin yang dipasangkan di Proton Tanjung Malim ini dikatakan berkemungkinan akan dieksport ke negara luar. Namun ia bergantung juga pada model kereta yang sesuai serta permintaan daripada negara yang tertentu.

Persoalan timbul berkenaan adakah pihak Geely berhasrat untuk melakukan proses pemasangan sistem transmisi di Tanjung Malim? Menurut respon daripada pihak Proton, ia masih lagi tiada dalam perancangan buat masa ini.
 

proton


Sebelum ini, lebih kurang 30 pelatih telah dihantar ke ibu pejabat Geely di China untuk menjalani proses latihan disana dan pihak Proton kini sedang dalam perancangan untuk melaksanakan latihan tersebut di Proton Tanjung Malim. Ia berikutan dengan kemudahan dan kemahiran ada sudah cukup mampu untuk menjalankan sesi latihan tersebut disini.

Dari segi komersial, pengeluaran kenderaan Proton masih memerlukan kerjasama dengan Geely dalam menghasilkan sebuah produk. Ini kerana industri automatif Malaysia dilihat masih memerlukan kekuatan dan sokongan terutamanya dari aspek pembekal barang atau komponen kenderaan.

Kekuatan tersebut akan dapat membantu bukan sahaja menghasilkan kereta sepenuhnya keluaran Malaysia, malah ia boleh mencapai tahap pengeluaran barang atau komponen tersebut ke tahap antarabangsa jika ia berjaya dilaksanakan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…