Proton mula operasi CKD Saga di Pakistan, X70 menyusul

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif Malaysia Proton menerusi pengedar ekseklusifnya di Pakistan, Al-Haj Automotif kini memulakan fasa pemasangan CKD bagi model Proton Saga.

Proton Saga merupakan model pertama Proton yang dipasang di kilang baharu Karachi yang dibina dengan kos sebanyak US$20 juta dan memiliki kapasiti awal tahunan sebanyak 25,000 unit setahun.

SUV Proton X70 bakal menjadi model kedua yang dipasang di negara itu setelah penghantaran terakhir 154 unit CBU dibuat, menjadikan jumlah eksport model tersebut ke Pakistan adalah sebanyak 602 unit.

Menurut Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar berkata, sambutan terhadap model Proton masih kekal tinggi, di mana pihak Al-Haj telah menerima 2,500 unit tempahan bagi model Saga, dan lebih 2,000 tempahan bagi model SUV X70.
 

X70


“Dengan penghantaran terakhir unit CBU dalam perjalanan dan pemasangan tempatan telah bermula bagi Saga dan X70 akan dihasilkan sebelum akhir tahun ini, kami akhirnya dapat mengorak langkah kehadapan untuk memenuhi permintaan pasaran. Ini akan memberikan ruang bagi Al-Haj Automotive dan PROTON untuk mewujudkan keberadaan yang kuat di pasaran negara tersebut demi faedah pertumbuhan jualan masa hadapan,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

Selain daripada proses berkaitan pengilangan, Proton juga akan memperkukuh aspek sokongan selepas jualan di sana.

Tambah Roslan lagi, dengan 37 tahun pengalaman menghasilkan kenderaan, Proton telah mengumpulkan kepakaran dalaman yang boleh dimanfaatkan oleh pasaran luar negara, dan ini membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan pantas dan dapat memainkan peranan besar dalam memastikan kejayaan jenama itu di sana.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sama seperti apa yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia, Proton Saga R3 Limited Edition didatangkan…
Berita Global
Satu projek kilang pemasangan CKD bagi kereta-kereta Proton yang pertama di Pakistan secara…
Berita Global
Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON), akan bekerjasama dengan syarikat tempatan bagi…