Proton menang anugerah Putra Brand 2017

oleh DIANA ISMADI|
Proton kini telah memenangi Anugerah Perak bagi Kategori Automotif di majlis Anugerah Putra Brand 2017 yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, semalam. 

Ini merupakan kemenangan buat pertama kalinya bagi Proton sejak Anugerah Putra Brand dilancarkan pada tahun 2010.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Ini adalah kemenangan yang penting bagi kami selepas berlakunya pembaharuan di Proton. Dengan membawa pulang Anugerah Perak dalam Kategori Automotif, ini merupakan pencapaian yang mengagumkan bagi Proton memandangkan ia adalah kali pertama kami disenarai pendek dan muncul sebagai pemenang untuk anugerah berprestij ini".


"Dengan kemenangan yang diterima baru-baru ini bagi Iriz yang diperbaharui di Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2017 dan kenaikan prestasi jualan Proton pada Januari hingga September 2017, pengiktirafan ini menandakan bahawa Syarikat sedang menuju ke arah yang betul dan anugerah ini datang pada masa yang sesuai," kata Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa.

 

Proton Putra Brand 2017 award

 
Anugerah Putra Brand adalah satu inisiatif oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4A’s) untuk memberi pengiktirafan kepada jenama tempatan dan antarabangsa yang telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. 


Anugerah-anugerah pada Putra Brand ini dikenalpasti mengikut pilihan pengguna dan acara ini mendapat pengesahan daripada MATRADE. Ia adalah satu-satunya anugerah dari pilihan orang ramai.


Dari segi promosi, Proton kini meneruskan tawaran kepada pelanggan baharu iaitu perkhidmatan 5 tahun percuma* dan waranti selama 5 tahun* dalampromosi 5 Nilai Hebat. Oleh itu, ambillah peluang ini untuk pandu uji kereta Proton dan alamilah nilai yang berbaloi dalam pemilikan kereta Protn," tambah Rashid lagi.


Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1800 888 398 atau e-mel di [email protected].  Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau Facebook rasmi Proton di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi rasmi mudah alih MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.


*Perkhidmatan percuma tamat selepas 5 tahun atau 100,000km (mana-mana terdahulu) termasuk alat ganti, minyak enjin dan caj pekerja. Waranti tamat selepas 5 tahun atau 150,000km, mana-mana terdahulu. Tawaran bermula 1 Nov hingga 30
Nov 2017.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…