Proton lepasi jualan tahun 2020, Saga terajui jualan tertinggi Proton

oleh SALINA JALIL|
Pembuat kereta nasional Proton kini telah melepasi angka jualan dalam tempoh yang sama berbanding tahun lepas. Kadar peningkatan jualan sebanyak 28.7 peratus pada bulan Oktober adalah lebih baik berbanding bulan sebelumnya.


Dengan jualan sebanyak 13,362 unit, jualan terkumpul setakat ini berada pada 86,379 unit, merupakan penambahan sebanyak 1.6 peratus daripada jualan sepuluh bulan pertama tahun 2020 (84,999 unit).

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Kejayaan ini bermakna Proton telah melangkaui prestasi Jumlah Jualan Industri (TIV) bagi pasaran automotif tempatan, yang telah menurun sebanyak lebih kurang 4.7 peratus walaupun dengan jualan melebihi 65,000 unit buat kali pertama pada bulan Oktober untuk tahun 2021. 

 

Unjuran pegangan pasaran bagi bulan tersebut adalah sebanyak 20.5 peratus, sementara pegangan pasaran bagi tempoh yang sama berbanding tahun lepas adalah sebanyak 22.7 peratus.

 

Sebagaimana bulan-bulan dalam tahun 2021 sebelum ini, Proton Saga terus menerajui pencapaian jualan bagi Proton dengan jualan sebanyak 5,107 unit dan Saga  melepasi jualan melebihi 5,000 unit tahun ini untuk kali ketiga berturut-turut. 

 

Roslan Abdullah - Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar

 

Dua lagi peneraju jualan syarikat adalah merupakan model SUV, iaitu Proton X50 dan Proton X70. 


SUV segmen B Proton X50 beroleh kejayaan terbaik bulan lalu sejak dari pelancarannya dengan jualan sebanyak 3,839 unit.


Manakala Proton X70 mengekalkan momentum dengan jualan sebanyak 2,165 pada bulan Oktober, angka terbaik sejak bulan Mac tahun ini. 

 

Dengan hanya berbaki dua bulan tahun 2021, kedua-dua model X50 dan X70 berada di kedudukan selesa sebagai model jualan terbaik bagi segmen masing-masing dan membuktikan bahawa citarasa pembeli telah beralih arah kepada model SUV.

 

Bagi rangkaian model yang lain, Proton Exora, MPV segmen-C dengan terjual sebanyak 359 unit. 

 

Model Iriz dan Persona 2022 walau bagaimanapun terkesan akibat kekurangan bekalan cip yang memberikan impak kepada produksi atau penghasilannya. 


Sebanyak 1,393 unit Persona dijual pada bulan Oktober manakala Iriz pula sebanyak 497 unit.


“Jualan Proton pada bulan Oktober boleh disimpulkan sebagai permintaan dari pelanggan yang tinggi dan potensi jualan yang belum direalisasikan. 


Sementara kita gembira dengan populariti Proton Saga dan pencapaian kedua-dua model SUV, kita terlepas untuk meningkatkan jumlah jualan oleh kerana kami berusaha untuk memperoleh bekalan komponen. 


Permintaan pasaran dijangka kekal kuat menjelang akhir tahun, jadi kami akan berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan tahun 2021 ditutup dengan kejayaan besar,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

 

 

 

Pembentangan belanjawan Malaysia tahun 2022 baru-baru ini menyaksikan pengumuman bahawa Cukai Perkhidmatan dan Jualan (SST) bagi industri automotif akan dilanjutkan kepada 30 Jun 2022. 

 

Ini bukan sahaja membawa khabar gembira kepada pemain industri, tetapi juga kepada pelanggan mereka. 


Bagi Proton, ini bermakna pembeli yang sabar menunggu kenderaan baharu mereka tidak lagi perlu bimbang akan kehilangan insentif jika kenderaan mereka diserahkan pada tahun hadapan.


“Proton ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia di atas lanjutan pengecualian cukai SST.


Dengan pengecualian tersebut, ia memberikan kami peluang untuk menunaikan tempahan yang telah diterima dan tidak memberikan kesan yang tidak adil pada pelanggan yang telah menunggu sekian lama akibat sesuatu yang luar dari kawalan mereka. 


Kami juga menjangkakan lanjutan tersebut akan meningkatkan jualan separuh tahun pertama tahun depan di mana kemungkinan banyak model akan diperkenalkan di pasaran,” tambah Roslan Abdullah.

 

Angka Jualan Proton Bulan Oktober 2021
Model Angka Jualan
Saga  5,107
Persona   1,393
Exora    359
Iriz    497
X70   2,165
X50   3,839
Jumlah Keseluruhan 13,362

**Jumlah jualan model lain yang tidak dinyatakan dimasukkan pada jumlah jualan keseluruhan

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…