Proton lebih fokus pada eksport dan pasaran premium - tidak ganggu jualan Perodua

oleh HEZERI SAMSURI|
Proton dikatakan lebih memberi fokus kepada pasaran luar negara (eksport) dan segmen premium dan ini tidak akan mengganggu prestasi jualan kenderaan oleh Perodua.

Pendapat itu dikongsi oleh penganalisa pasaran saham dari Affin Hwang Capital, Brian Yeoh yang menjawab soalan akhbar The Edge tentang pasaran automotif negara.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Menurut beliau lagi, penjualan SUV X70 dan model-model Iriz dan Persona versi terkini menjadi teras utama peningkatan jualan sebanyak 23 peratus bagi bulan Julai (berbanding dengan JUlai tahun lalu) untuk Proton.

"Jumlah penjualan Proton akan memberi efek kepada jualan kenderaan bukan nasional. Prestasi Perodua tidak akan menurun selagi ia memperkenalkan produk-produk baharu dan memberi pembaharuan kepada produk-produk sedia ada," tambahnya lagi.

"Proton sekarang menawarkan produk-produk dalam segmen yang berbeza dari Perodua," ujar Brian.

Walaupun netizen sering membandingkan kedua SUV tersebut (X70 dan Aruz), kedua-duanya adalah dari dua segmen yang berbeza.

X70 ialah sebuah crossover modern yang diimport sepenuhnya dari China sementara Aruz pula ialah sebuah SUV tujuh tempat duduk yang menggunakan lebih dari 95 peratus komponen tempatan.

Perodua bakal membeli komponen tempatan sebanyak RM5.4 bilion untuk tahun ini sementara Geely sedang dalam proses terakhir untuk memasang X70 di kilang terbaharu mereka di Tanjung Malim.

* Laporan berdasarkan artikel dari The Edge

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata,…
Berita Global
Rancangan pengeluaran adalah sebanyak 16,000 unit sehingga tahun 2026 dengan anggaran nilai RM570…
Berita Domestik
Proton kekal di tangga kedua paling popular dalam kedudukan jualan automotif negara dengan unjuran…