Proton lantik Roslan Abdullah sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif

oleh SALINA JALIL|
Proton telah mengumumkan perlantikan Roslan Abdullah sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif.


Beliau secara rasminya menjawat jawatan tersebut pada 1 Januari 2022.


Sebelum ini, beliau merupakan Naib Presiden, bahagian Pemasaran dan Jualan untuk PROTON dan juga sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi PROTON Edar Sdn Bhd (PESB), sejak 1 Jun 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Beliau adalah pemegang ijazah sarjana Kewangan dan Perakaunan daripada Universiti Brighton, United Kingdom.

 


Roslan juga mempunyai pengalaman selama tiga dekad didalam bidang automotif termasuk perlantikan didalam Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), ISUZU HICOM Malaysia dan Honda Malaysia dimana beliau mempunyai dua tanggungjawab iaitu selaku Presiden dan juga Ketua Pegawai Operasi.

 


Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton berkata, “Roslan Abdullah telah memainkan peranan penting didalam mengukuhkan pengurusan didalam Proton dan memberi panduan kepada pengurusan keseluruhan perniagaan, khususnya dengan pengukuhan fungsi bahagian pemasaran dan jualan. Saya yakin kita mampu menjalinkan kerjasama yang erat untuk memacu syarikat kearah kejayaan.” 

 


Proton juga ingin menzahirkan penghargaan yang tinggi kepada Dato’ Radzaif Mohamed, yang telah bersara sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif pada 31 Disember 2021. Beliau dilantik jawatan tersebut pada 1 April 2016.

 


Radzaif telah memainkan peranan penting dalam memantau proses sehingga termeterainya perkongsian diantara DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Holding (Geely) dan membantu didalam membawa syarikat ke kedudukan terkini didalam industri automotif.

 


“Proton ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Dato' Radzaif untuk segala sumbangan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi sehingga kami mencapai kejayaan,” tambah Dr Li Chunrong.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…