Proton lancar Pusat 4S terbesar di Kelantan, Terengganu

oleh Mohamad Hanif|
Proton baru-baru ini telah melancarkan pembukaan pusat 3S/4S yang ke-149 yang dikendalikan oleh pengedar Proton terbesar di Kelantan dan Terengganu, Harima Auto Mobil Sdn Bhd.

Pembukaan pusat 4S ini dirasmikan sendiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah bersama-sama pengasas Harima, Liew Foo Lin dan Pengarah Harima, Liew Vee Lee.
 

4S


Terletak di Tunjong, pusat 4S itu mempunyai keluasan binaan 2,400 meter persegi yang menempatkan sebelas ruang servis, fasiliti badan dan cat, bilik pameran yang memuatkan 10 buah kenderaan, serta kemudahan seperti kawasan rehat, sambungan Wi-Fi percuma dan kawasan permainan kanak-kanak.

Harima juga bekerjasama dengan Proton Global Services (PGS) untuk menawarkan kemudahan lain.
 

S4


Terdapat ruang minuman yang menyajikan kopi Starbucks serta sudut produk berjenama PROTON dan R3. Syarikat itu merupakan pengedar pertama di Kelantan yang mempunyai kedua-dua perkhidmatan ini, yang pastinya menarik minat pelanggan dan peminat.

“Pembukaan pengedar 4S baharu Harima Auto Mobil akan membantu meningkatkan reputasi jenama PROTON di Kota Bharu. Dengan memiliki rangkaian penuh kemudahan dan aset yang diperlukan untuk melayani jumlah pelanggan yang tinggi, kami berharap dapat meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan dan memberikan pengalaman yang benar-benar premium bagi pelanggan di negeri ini,” kata Roslan Abdullah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan volum yang berkembang pesat pada tahun 2022 (5,406 unit) dengan 79 peratus peningkatan…
Berita Domestik
Perjanjian itu merupakan hasil kerjasama kedua antara Proton dan smart, di mana pada tahun 2022…
Berita Domestik
Jika dilihat dari video yang dikongsikan oleh Rizuwan Rosly, kejadian kebakaran kedua libatkan X90…