Proton kembali tembus pasaran Afrika Selatan

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif Proton telah melantik Kumpulan CMH sebagai pengedar rasmi kenderaan berjenama Proton untuk pasaran Afrika Selatan.

Ini bermakna, Proton akan kembali ke pasaran tersebut selepas kali terakhir mereka menjual kenderaan pada tahun 2012.

Proses penghantaran pertama unit CBU akan dibuat pada bulan September, dimulakan dengan model Proton X50 dan X70, diikuti dengan Proton Saga.

Proton meramalkan jualan yang kukuh bagi tahun ini dengan menyasarkan lebih daripada dua kali ganda jumlah jualan pada tahun 2023.  
 

esport


Untuk suku pertama tahun ini, jumlah jualan eksport Proton telah meningkat sebanyak 175 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021, sekaligus meningkatkan jumlah jualan syarikat tersebut.

Sebelum ini pada tahun 2010, Proton telah mengeksport sebanyak 29,833 unit kenderaan ke beberapa pasaran luar negara, namun angka tersebut berkurang kepada hanya 248 unit  pada tahun 2017.

Namun pada tahun lalu, sebanyak 3,018 unit kenderaan Proton telah dijual di luar negara, atau dua kali ganda lebih daripada 1,508 unit yang dieksport pada tahun 2020.

Jabatan Jualan Antarabangsa Proton mensasarkan peningkatan jualan eksport kepada 10,000 unit untuk tahun 2022.

Sehingga kini, Proton telah mengeksport kenderaan ke 13 pasaran luar negara (tidak termasuk Afrika Selatan), selain mempunyai operasi pemasangan di Pakistan, Kenya, Bangladesh, diikuti dengan Sri Lanka yang akan bermula pada separuh kedua tahun ini.
 

exposr


Dari segi keseluruhan eksport kenderaan di Malaysia, Proton mencatatkan 12.8 peratus pada tahun 2019, di mana angka tersebut meningkat kepada 30.2 peratus (2020) dan mencecah 60.9 peratus pada tahun 2021.

Ini menjadikan jenama Proton sebagai pengeksport kenderaan utama negara yang terus berkembang walaupun keadaan pasaran yang sukar disebabkan oleh COVID-19.

“Matlamat jangka panjang PROTON memerlukan eksport memainkan peranan utama untuk mengembangkan jualan keseluruhan Syarikat kerana TIV di Malaysia dijangka tidak banyak berubah.

"Justeru itu, kami mengeksploitasi kekuatan produk baharu kami, jenama kami dan juga hubungan Malaysia dengan negara lain untuk bertapak di pasaran baharu. Ini kemudiannya diperkukuhkan dengan mewujudkan operasi KD di mana mana yang berpotensi, yang juga dapat membantu mengembangkan ekonomi tempatan,” kata Steven Xu, Pengarah Jabatan Jualan Antarabangsa, PROTON.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu kenyataan hari ini, Proton Holdings Bhd berkata pencapaian itu juga merupakan kali…
Berita Domestik
  Enjin 1.8 liter dan 1.5 liter Kuasa enjin 1.8 liter JLE-4G18TD ialah 184 ps pada 5,500 rpm dan…
Informasi
Sehingga kini, ia masih lagi berkhidmat kepada beribu-ribu pemandu di Malaysia dan juga di luar…