PROTON Keluarkan Kenyataan Rasmi Insiden Kebakaran Di Fasiliti B&P Subang Jaya

oleh Qalif Latif|
PROTON mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung insiden kebakaran yang berlaku di sebuah fasiliti Body & Paint (B&P) milik pengedar di Subang Jaya, Selangor, pada Rabu, 7 Januari 2026.

Kronologi Kejadian

Menurut kenyataan tersebut, kebakaran berlaku sekitar jam 5 petang di fasiliti Proton Salient Progress (B&P) Lot 906 & 907, Kampung Baru Sungai Buloh, 40160 Shah Alam, Selangor. Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah dihubungi dan operasi memadam kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 8 malam hari yang sama.

Proton Sungai Buloh

 

Tiada Petunjuk Isu Berkaitan Produk

PROTON memaklumkan bahawa setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa berkaitan. Namun begitu, syarikat mengesahkan tiada sebarang petunjuk awal yang menunjukkan insiden tersebut berpunca daripada isu berkaitan produk. Tambahan pula, tiada kecederaan dilaporkan melibatkan mana-mana individu akibat kejadian berkenaan.

Kerjasama Dengan Pihak Berkuasa Dan Pengedar

Siasatan lanjut kini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa dengan kerjasama penuh daripada pihak pengedar. PROTON turut memaklumkan bahawa mereka akan terus menyokong pengedar terlibat, khususnya dalam pengurusan perkara berkaitan pelanggan. Pelanggan yang terkesan akan dihubungi dengan segera bagi tindakan susulan yang sewajarnya.
Proton Sungai Buloh

 

Operasi Fasiliti Lain Tidak Terjejas

Dalam kenyataan sama, PROTON mengesahkan bahawa fasiliti milik rakan niaga Salient Progress Kepong 4S di No. 246, Batu 6 1/2, Jalan Besar Kepong, 52000 Kuala Lumpur tidak terjejas oleh insiden ini dan beroperasi seperti biasa.

PROTON menegaskan komitmen mereka terhadap keselamatan, kebajikan pelanggan serta ketelusan dalam menangani sebarang isu melibatkan operasi rangkaian pengedar syarikat di seluruh negara.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi ruang pameran khas PROTON Intelligent Mobility Zone, pengunjung berpeluang melihat dengan…
Berita Domestik
Menurut PROTON, bantuan tersebut melibatkan pelbagai inisiatif termasuk pembangunan pusat…
Berita Domestik
Sambutan awal yang memberangsangkan itu mencerminkan keyakinan berterusan pengguna Malaysia…