1) “Fast service” untuk servis asas (10,000 / 20,000 / 30,000 km)
Untuk servis ringkas seperti tukar minyak enjin dan penapis sahaja, PROTON kata pelanggan akan dapat “fast service”. Syaratnya: pelanggan perlu buat appointment awal dan tunggu di pusat servis (bukan tinggalkan kereta dan balik). Namun, tempoh masa tepat “fast service” ini belum diperincikan.
2) Servis lebih besar siap dalam 24 jam (40,000 / 60,000 / 80,000 km)
Bila masuk servis lebih “heavy” seperti interval 40,000 km dan ke atas, PROTON menjanjikan turnaround dalam 24 jam. Menariknya, janji 24 jam ini terpakai untuk appointment dan juga walk-in.
3) Paling ‘power’: jika kerja pembaikan lebih 3 hari
Kalau kereta perlu ditahan untuk kerja pembaikan melebihi tiga hari, pusat servis akan:
- sediakan courtesy car (Kenderaan sementara) untuk digunakan sementara
- beri one-time free service pada lawatan servis berjadual seterusnya
Komitmen ini bukan untuk X70 sahaja PROTON turut memaklumkan ia akan dilaksanakan untuk Proton Saga 2026 juga.

Enjin baharu untuk dua model
Sebagai refresher, kedua-dua model ini menggunakan enjin 1.5 liter i-GT empat silinder, tetapi dalam talaan berbeza:
- Proton X70: 1.5T dengan 181 PS/300 Nm
- Proton Saga: 1.5 NA dengan 120 PS/150 Nm
Bagi Saga 2026 pula, ia turut menerima rombakan besar dari segi reka bentuk luaran dan dalaman, selain penambahan teknologi serta fungsi bantuan pemandu (ADAS).
Harga Proton Saga 2026 & X70 2026
Untuk pasaran Malaysia, harga yang diumumkan adalah seperti berikut:
- Proton Saga 2026: bermula RM38,990.00 (Standard), RM 44,990.00 (Executive), RM49,990 (Premium)
- Proton X70 2026: hanya dua varian – RM99,800 (Executive) dan RM 112,800.00 (Premium)
Tambahan: X70 turut datang dengan rebat pelancaran RM7,000 untuk 1,500 unit terawal, sah sehingga 31 Mac 2026.
Sumber: Paul Tan Automotive News