Proton jalin kerjasama dengan ALHAJ, terima dana RM1.88b dari China Construction Bank

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Susulan daripada upacara simbolik pecah tanah yang telah diadakan di Islamabad pada bulan Mac lalu, PROTON dan ALHAJ telah menandatangani perjanjian bagi membina sebuah kilang pengeluaran CKD baharu untuk memasang dan mengedarkan kereta-kereta Proton di Pakistan.

Bakal dibina di Karachi iaitu di satu tapak Greenfield dengan pelaburan awal sebanyak USD30 juta, kilang baharu ini akan mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan langsung dalam tiga tahun pertama operasinya dan anggaran sebanyak 20,000 pekerjaan tidak langsung untuk industri-industri sokongan lain.

Acara pertukaran dokumen kedua adalah antara PROTON dan China Construction Bank (CCB), bagi kemudahan perbankan yang akan diperluaskan oleh salah satu bank terkemuka di China.

Dana tersebut diperuntukkan untuk membiayai pelan pengembangan perniagaan PROTON pada masa hadapan kerana Syarikat berusaha mencapai matlamatnya untuk menjadi jenama automotif nombor satu di Malaysia dan nombor tiga di ASEAN menjelang 2027.

"Pertukaran dokumen antara PROTON dan rakan-rakannya, ALHAJ dan CCB, adalah langkah penting dalam usaha PROTON untuk mencapai matlamat jangka panjangnya. Pengembangan ke lebih banyak pasaran asing adalah kritikal untuk pertumbuhan jualan sambil memperoleh pembiayaan membolehkan Syarikat melabur dalam banyak projek yang diperlukan untuk menjadikan PROTON jenama automotif peringkat global," kata Dato’ Seri Syed Faisal Albar.
 

 
Selepas perjanjian antara Geely dan DRB-HICOM untuk bersama-sama membina semula PROTON ditandatangani pada 2017, Proton komited untuk memainkan peranan aktif bagi membangunkan ekosistem automotif Malaysia dengan menggalakkan pembekal tempatan meningkatkan kecekapan, kualiti dan kepakaran mereka dalam membekalkan komponen-komponen berteknologi tinggi yang diperlukan melalui tawaran-tawaran pada masa hadapan.

Usaha ini telah dilakukan dengan memadankan pembekal-pembekal dari Malaysia dengan pembekal dari China yang telah pun menjadi pembekal kepada Geely untuk membentuk syarikat usahasama baharu dan menandatangani perjanjian teknikal. 

Setakat ini, seramai 16 pembekal Cina telah mendaftar untuk inisiatif ini serta seramai enam syarikat lagi bakal memasuki sebagai pelabur langsung asing.

Secara kumulatif, tawaran-tawaran ini telah memperoleh pelaburan awal lebih daripada RM270 juta dengan 56% daripada pembekal yang membekalkan sektor elektronik dan komponen elektrik.

Para pembekal tersebut telah hadir di sesi dialog bersama pihak-pihak lain yang turut berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang landskap pasaran, dasar kerajaan, insentif dan peraturan-peraturan dalam industri automotif Malaysia.

Sesi ini dilihat sebagai peluang untuk pertanyaan mereka dijawab oleh Perdana Menteri yang menyebut industri sebagai komponen penting dalam ekonomi Malaysia.
 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…