Proton Iriz RX - jentera untuk berentap dalam Euro Rallycross

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan perlumbaan rali Team RX Racing baru-baru ini memperlihatkan jentera Proton Iriz RX yang bakal digunakan untuk kejuaraan Motorsport UK British Rallycross Championship 5 Nations Trophy dan FIA European Rallycross Championship.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Iriz RX ini akan dikendalikan oleh bekas juara Rallycross British, Ollie O'Donovan yang akan bergandingan anaknya Patrick.

Projek Iriz RX ini merupakan kolaborasi antara firma rallycross terkenal di dunia, Tony Bardy Motorsport bersama Mellors Elliot Motorsport (MEM).
 

Irix


Manakala lokasi pembinaan jentera baharu ini terletak di bengkel Derbyshire.

Sebagai makluman, Proton Iriz RX berkongsi platform dengan jentera Iriz R5 (kini Rally2) yang muncul buat kali pertama pada Goodwood Festival of Speed pada tahun 2017.

Biarpun berkongsi platform, Iriz RX dibangunkan khusus untuk kegunaan perlumbaan rallycross dengan rangka badan yang lebih baharu.
 

Iriz


Jentera Iriz RX telah pun menjalani ujian percubaan dan bakal membuat penampilan sulung pada sesi media dan ujian 5 Nations BRX pada 14 April bertempat di Lydden Hill.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…