Proton Iriz R5 milik MEM bakal bawakan liveri minuman keras?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang kami pernah laporkan sebelum ini, Mellors Elliot Motorsport bakal membawakan kepada anda Proton Iriz R5 yang sudah lulus homologasi FIA pada Goodwood Festival of Speed minggu ini. 

Jentera dengan spesifikasi R5 ini menggunakan  1.6 liter turbo (dari 4B11T Mitsubishi Evo X) dengan kuasa 350 hp yang memacu kesemua empat roda XTRAC, transmisi lima nisbah kelajuan sequential, sistem elektronik Cosworth dan suspensi Reiger. 

 

Menariknya, beberapa hari yang lalu MEM telah menunjukkan gambar teaser livery yang bakal dilayangkan bersempena dengan kemunculan pertama Iriz R5 di Goodwood. 

Dan percaya atau tidak, ia sebenarnya merupakan liveri Thornbridge Brewery Jaipur, sebuah produk minuman keras yang berasal dari England!
 


Memandangkan ia melambangkan jenama minuman keras, besar kemungkinan pasukan MEM menerima tajaan daripada syarikat tersebut sepanjang tempoh perlumbaan. 

Sedikit info, Jaipur merupakan salah sebuah produk Indian Pale Ale (IPA) yang ditawarkan oleh Thornbridge Brewery dengan kadar alcohol by volume (ABV) 5.9% dan didatangkan dalam letusan perisa buah citrus. 

Jadi anda faham kenapa liveri Iriz R5 ini didatangkan dalam warna sedemikian?
 


Penglibatan syarikat minuman keras di dalam sukan permotoran sebenarnya bukanlah satu perkara yang aneh, kerana Heineken sendiri turut menjadi penaja di dalam sukan Formula 1 sehingga tahun 2023.

Malah, Martini Racing dengan liveri yang ikonik itu sendiri merupakan sebuah pasukan perlumbaan yang ditaja oleh Martini & Rossi, sebuah syarikat pengeluar minuman keras jenis vermouth Martini di Turin. 

Sumber: MEM, Raconteur

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Domestik
50 unit Iriz tersebut telah diubah suai oleh syarikat ACE yang merupakan salah satu anak syarikat…
Berita Domestik
Untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini, Proton telah mencatatkan sebanyak 87,481 unit kenderaan…