Proton Iriz R5 buat kemunculan rasmi di Goodwood (4-7 Julai) setelah lulus homologasi FIA!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

gambar: Diariomotor

Mellors Elliot Motorsport bakal memperkenalkan Proton Iriz R5 secara rasmi pada acara Goodwood Festival of Speed pada 4-7 Julai nanti. 

Sekaligus, ia merupakan penampilan pertama jentera rali Iriz R5 semenjak memperoleh kelulusan homologasi oleh badan berwajib FIA. 

Iriz R5 juga dikatakan akan menunjukkan aksi dalam Forest Rally Stage sepanjang empat hari berlangsungnya festival tersebut. 

Titik permulaan kepada sejarah ini bermula apabila melihat kepada kejayaan Proton Satria S2000 pada tahun 2011 dan 2012, Mellors Elliot Motorsport mula mencari sebuah platform baharu untuk memenuhi regulasi semasa kejuaraan rali sedunia. 

Dan siapa sangka, Proton Iriz merupakan antara calon yang sesuai. 
 


Sebelum ini, Iriz R5 pernah muncul di Goodwood Festival of Speed 2017 dan walaupun ia merupakan kemunculan kali pertama, jentera Iriz mampu memenangi perlumbaan Forest Rally Stage pada tahun  yang sama ketika ia berada di dalam fasa prototaip!

Mengikut spesifikasi R5, Proton Iriz versi rali ini menggunakan enjin 1.6 liter turbo (dari 4B11T Mitsubishi Evo X) yang memacu kesemua empat roda dan kini dibenarkan untuk bertanding dalam apa jua peringkat perlumbaan, termasuklah FIA World Rally Championship (WRC).

Proton Iriz R5 juga sebenarnya merupakan jentera yang unik kerana ia merupakan satu-satunya jentera berspesifikasi R5 yang dibenarkan berada di dalam kedua-dua format pemanduan kiri dan kanan. 

Ideanya, ia mampu untuk dikembangkan potensinya kepada mana-mana negara dengan lebih mudah tanpa mengira format asal pemanduan negara tersebut. 
 


Dengan bermula secara rasmi sebagai sebuah jentera rali R5, Iriz R5 akan bertanding di dalam kategori WRC2 di mana ia disasarkan kepada penyertaan secara individu mahupun yang disokong oleh pengeluar asal jentera tersebut. 

Kategori WRC2 ini boleh dikatakan sebagai batu loncatan bagi para pengeluar untuk mempromosikan jenama mereka ke seluruh dunia menerusi perlumbaan rali. 

Menurut pengarah Chris Mellors berkata, "tiada tempat yang lebih baik untuk membawakan Proton Iriz R5 selain di Goodwood Festival of Speed, dan menerusi platform ini kami mahu menunjukkan Iriz R5 kami (yang telah lulus homologasi FIA) kepada ribuan para peminat dari seluruh dunia!"
 


Spesifikasi Iriz R5

Enjin: 1.6 liter turbo (4B11T Mitsubishi Evo X yang telah diturunkan kapasiti) dengan 32 mm pengehad kemasukan udara
Kuasa: 350 kuasa kuda
Pacuan: Empat roda sepenuh masa XTRAC
Transmisi: Sequential lima nisbah kelajuan
Elektronik: Cosworth
Suspensi: Reiger

Sumber: Mellors Elliot Motorsports

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Domestik
50 unit Iriz tersebut telah diubah suai oleh syarikat ACE yang merupakan salah satu anak syarikat…
Berita Domestik
Untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini, Proton telah mencatatkan sebanyak 87,481 unit kenderaan…