Proton Iriz, Persona terima sambutan menggalakkan - 10,000 tempahan dalam masa dua bulan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Resipi Proton untuk model kembar Iriz dan Persona untuk tahun ini masih lagi menyengat apabila difahamkan kedua-dua model tersebut berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan. 

Ketika pelancaran Proton Exora 2019 yang dipertingkat, Proton turut mengumumkan jumlah tempahan bagi kedua-dua model tersebut sebanyak 10,000 unit. 

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,000 unit Iriz dan Persona berjaya diserahkan kepada pelanggan pada bulan pertama. 
 


Tidak seperti Proton Exora, Proton mendatangkan pelbagai kemas kini pada model kembar tersebut seperti gril hadapan berbentuk busur panah, elemen infinite weave, rekaan lampu nyalaan siang LED, rim serba baharu dan juga kemasan di bahagian belakang. 

Ciri "Hi Proton!" merupakan antara perubahan besar yang dibawakan kepada kedua-dua kereta di dalam segmen B itu, di mana ia antara kereta aras mula yang dilengkapi dengan ciri pintar. 
 


Walaupun menggunakan enjin yang sama (1.3 liter VVT, 94 hp/120 Nm dan 1.6 liter VVT, 107 hp/150 Nm), Proton lebih memfokuskan kepada kotak gear CVT supaya kuasa dihantar dengan lebih lancar dan responsif. 

Kadar NVH juga turut diberikan penekanan yang lebih, menjadikan kabin lebih senyap ketika memandu. 
 


Harga atas jalan pula bermula dari RM42,600 untuk Proton Persona manakala Proton Iriz dijual bermula dari RM36,700 (varian asas dengan enjin 1.3L VVT).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Domestik
50 unit Iriz tersebut telah diubah suai oleh syarikat ACE yang merupakan salah satu anak syarikat…
Berita Domestik
Untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini, Proton telah mencatatkan sebanyak 87,481 unit kenderaan…