Proton Iriz - kualiti 2017 terbukti meningkat

oleh HEZERI SAMSURI|
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Kajian yang dilakukan oleh JD Power baharu ini membuktikan Proton benar-benar melakukan perubahan kepada kualiti produk mereka.

Walaupun masih tidak menjuarai carta tersebut (2 aduan lebih tinggi dari Perodua Myvi), Proton Iriz 2017 yang dikemaskini menduduki tangga kedua dengan 86 aduan untuk setiap 100 unit kenderaan.

Ini lebih rendah dari purata aduan untuk segmen kompak tersebut yang berada di paras 88 aduan per 100 kenderaan.

 

iriz quality

 

Jika dibandingkan dengan prestasi tahun lalu, ternyata Proton telah melakukan sesuatu yang positif dengan Iriz kerana pada tahun 2016, Iriz menerima jumlah aduan yang lebih tinggi dan berada di atas nilai purata aduan untuk segmen itu.

Syabas Proton, dan kepada yang belum mencuba, Proton Iriz 2017 sebenarnya menarik dan varian paling menarik pada Careta ialah versi Iriz 1.3 AT kerana ia lebih senyap dan paling selesa.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima…
Berita Domestik
Namun secara keseluruhan, syarikat mencapai pegangan pasaran sebanyak 19.1% untuk bulan lalu, sama…
Berita Domestik
PRO-NET telah diberikan tanggungjawab yang penting dalam membangunkan jenama e.MAS bagi mengukuhkan…