Proton Iriz hitam dikesan tanpa sebarang pelekat samaran - pelancaran makin hampir?

oleh Mohamad Hanif|
Sumber gambar: Fahmi
Detik pelancaran model facelift kembar Iriz dan Persona nampaknya semakin hampir apabila kelibat model tersebut dikesan tanpa sebarang pelekat samaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan daripada pembaca Careta Encik Fahmi, beliau menemukan sebuah lori treler yang membawa muatan Proton Iriz dengan penggayaan edisi ulang tahun seperti yang dipertunjukkan oleh Proton Saga Anniversary Edition sebelum ini.

Kali ini, rekaan rim yang dipakai pada Iriz ini nampak lebih jelas, di mana menurut Fahmi lagi, rekaan tersebut menyamai rim 16 inci yang pernah sekali wujud pada Proton Satria Neo CPS yang dilancarkan pada tahun 2009.

Beberapa laporan daripada rakan media Funtasticko sebelum ini turut mencadangkan model facelift Iriz dan Persona ini bakal mendapat set rim bersaiz 16 inci, berkemungkinan besar ini merupakan Iriz dengan trim R3 Limited Edition.

Sementara menurut satu sumber Careta lagi, Iriz versi crossover (dengan kehadiran rel bumbung dan cladding plastik) pula dijangka menyusul menjelang pertengahan tahun ini dengan membawakan penggayaan ala-ala Polo Cross.

Sayang sekali, kedua-dua model facelift ini dijangka tidak akan membawakan transmisi automatik empat kelajuan HyundaiTech seperti yang terdapat pada Proton Saga, sebaliknya masih lagi kekal dengan kotak gear CVT.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laman di Australia, video itu nampaknya telah dirakam di halaman holding Sydney dan kereta…
Berita Domestik
Menurut Syamsul, pemandunya memakai baju VinFast dan kereta itu menggunakan plet pendaftaran…
Berita Global
Ini adalah berdasarkan imej teaser terbaharu yang diterbitkan oleh Toyota sendiri, serta kehadiran…