Proton Iriz 2019 diperlihatkan secara rasmi - Hi Proton!

oleh Mohamad Hanif|

Dalam satu acara yang dihadiri oleh sidang media, Proton telah memperlihatkan dengan lebih dekat Proton Iriz 2019 dengan reka bentuk luaran yang diberikan nafas baharu. 

Antara perubahan ketara yang boleh dilihat ialah penampilan lampu yang dipinjamkan daripada model Persona, dan rekaan gril "Infinite Weave" dengan bar krom Ethereal Bow melintangi muka hadapan. 

 


Selain itu, pada bahagian bumper pula menampilkan unit lampu nyalaan siang DRL serba baharu. 

Di bahagian belakang pula, kemasan pada tailgate turut menempatkan perkataan PROTON menggantikan penggunaan logo pada model terdahulu. 
 


Apa yang menarik perhatian, Proton Iriz 2019 merupakan hatchback segmen B pertama di Malaysia yang dilengkapkan dengan sistem multimedia pintar yang membawakan fungsi penstriman dalam talian.

Menerusi eSIM yang terpasang, pengguna boleh mengakses kepada kandungan muzik dalam talian pada skrin sentuh bersaiz 7 inci yang mempunyai kapasiti storan 16GB. 

Ciri arahan suara "Hi Proton!" yang diperlihatkan pada Proton X70 juga boleh didapati pada versi Premium Proton Iriz 2019.
 


Terdapat lima varian ditawarkan, iaitu Standard 1.3L MT, Standard 1.3L CVT, Executive 1.3L CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT. 

Berikut merupakan perincian bagi setiap varian:

Standard 1.3L MT

  • enjin 1.3 liter VVT (94 hp/120 Nm)
  • ABS, EBD, Bantuan Brek, ESC, Kawalan Cengkaman
  • Bantuan Mula Mendaki (HHA)
  • Dua beg udara
  • Cagak ISOFIX
  • Lampu utama halogen/Lampu belakang LED
  • Sensor parkir depan dan belakang
  • Rim aloi 14 inci
  • Head unit standard, dua speaker
  • Slot pengecasan USB (2x)
  • Antena sirip jerung
  • Tempat duduk fabrik
  • Paparan multi-info LCD

Standard 1.3L CVT
tambahan kepada spesifikasi di atas:

  • spoiler tailgate

Executive 1.3L CVT
tambahan kepada spesifikasi di atas:

  • sistem multimedia skrin sentuh 7 inci, 4 speaker
  • sambungan kepada peranti pintar
  • rim 15 inci 'rotor blade' dua tona
  • lampu utama automatik
  • sistem kemasukan tanpa kunci
  • paparan multi-info TFT-LCD berwarna
  • lampu nyalaan siang DRL
  • kamera undur
     


Executive 1.6L CVT
tambahan kepada spesifikasi di atas:

  • enjin 1.6 liter VVT (107 hp/150 Nm)
  • cermin sisi automatik

Premium 1.6L CVT
tambahan kepada spesifikasi di atas:

  • enam buah beg udara
  • stereng multifungsi dengan balutan kulit
  • tempat duduk semi-kulit
  • bumbung hitam
  • cermin pandang belakang nirrangka
  • ciri navigasi, penstriman muzik, 4G dan Wi-Fi hotspot, ciri arahan suara Hi Proton
     


Bersempena dengan pelancaran rasmi yang akan diadakan tidak lama lagi, Proton turut melancarkan promosi tempahan dalam talian dengan hanya serendah RM9.99 sahaja. 

Promosi dari 1-11 Mac 2019 ini melayakkan para pengguna untuk mendapatkan cukai jalan percuma dalam tempoh dua tahun apabila mereka menempah Proton Iriz 2019.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketika sesi pengenalan Proton Persona 2019, Proton turut menitikberatkan soal kos penyelenggaraan…
Berita Domestik
Bermula dari 2007, Proton Persona memulakan hayatnya sebagai sebuah sedan segmen C dan menjadi…