PROTON hasilkan 60,000 pelindung muka untuk petugas baris hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Proton kini mula menceburkan diri untuk membantu para petugas baris hadapan dengan menghasilkan komponen penting peralatan perlindungan peribadi (PPE), iaitu pelindung muka.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Operasi pengeluaran bagi pelindung muka ini akan bermula pada 13 April ini bertempat di ibu pejabat Proton Shah Alam.

Sebanyak 60,000 unit pelindung muka akan dihasilkan dalam tempoh 20 hari dan dikendalikan sepenuhnya oleh sepasukan kakitangan tempatan yang bertindak secara sukarela.

Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Perintah kawalan Pergerakan (PKP), Proton telah diberikan kelulusan untuk membenarkan kakitangannya untuk menghasilkan pelindung muka tersebut di Shah Alam, di mana pergerakan dan waktu kerja mereka juga akan turut dipantau.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan pencapaian tersebut, jumlah jualan Proton sehingga bulan November kini mencecah 141,900 unit…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton S70 telah mendapat skor setinggi 82.95 poin berdasarkan empat kategori…
Berita Domestik
Menurutnya, fokus pasaran Proton tidak seharusnya untuk pasaran Malaysia tapi juga untuk rantau…