PROTON GLOBAL SERVICES KUKUH SEBAGAI ALIRAN PENDAPATAN PROTON

oleh Firdaus Razani|
Proton Global Services (PGS), anak syarikat milik Proton Edar, yang dalam masa yang singkat mengukuhkan dirinya sebagai penyumbang utama kepada rangkaian perniagaan PROTON.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ditubuhkan pada tahun 2021 dengan hanya satu outlet makanan dan minuman dan barangan cenderahati, PGS kini telah meluaskan skop operasinya.

Skop operasi kini telah merangkumi dalam enam bidang utama, iaitu Gaya Hidup, Kejuruteraan, Latihan, Tenaga Baharu, Logistik dan R3 Motorsports.

 

pgs

 

Dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Yeet Chuan, pendapatan PGS telah meningkat secara eksponen daripada kurang RM1 juta pada tahun 2021 meningkat kepada 19 kali ganda pada akhir tahun 2023.

Bagi pembeli dan peminat PROTON, bidang perniagaan oleh PGS yang paling ketara ialah bahagian Gaya Hidup dan R3 Motorsports.

Ia yang pertama untuk menguruskan perniagaan Proton Café dan barangan PROTON manakala yang kedua menumpukan pada membangunkan varian prestasi dan menjalankan aktiviti perlumbaan PROTON.

Proton Café yang dilancarkan pada tahun 2021 menawarkan kopi premium dan makanan kepada pelanggan dan ketika ini terdapat 16 cawangan beroperasi di pengedar PROTON.

Tambahan itu, ia juga merancang untuk mengembangkan perniagaan kepada 25 cawangan menjelang tahun 2025.

Bagi memenuhi permintaan untuk barangan berjenama Proton dan R3, kini terdapat 20 rakan kongsi barangan PROTON di seluruh negara serta di protonmerchandise.com untuk jualan dalam talian.

 

pgs

 

R3 Motorsports juga meraikan ulang tahunnya yang ke-20 pada tahun 2023 dengan pelancaran Proton X50 R3 edisi Ulang Tahun Ke-20.

Tahun ini mereka memberi tumpuan untuk membangunkan kereta lumba Proton S70 R3 dengan matlamat untuk menyertai perlumbaan S1K, dan meningkatkan jualan minyak pelincir R3 berprestasi tinggi.

“Aktiviti kami juga secara tidak langsung mengukuhkan penjenamaan PROTON, dan ini jelas dilihat melalui barangan berjenama R3 kami, minyak pelincir dan pengembalian ke sukan permotoran pada masa hadapan,” kata Lee Yeet Chuan.

Selain itu, PGS juga menjalankan projek dalam ekosistem PROTON yang membolehkan syarikat induk menerima hasil tambahan kerana keuntungan dikongsi dengan Proton Edar.

Contoh projek adalah seperti menukar lampu di casting plant PROTON kepada unit penjimatan tenaga yang lebih cekap dan membekalkan perabot ruang pejabat baharu untuk pemindahan jabatan ke PROTON Tanjong Malim.

 

pgs

 

Bahagian Tenaga Baharu pula memberi tumpuan kepada pengenalan tenaga yang boleh diperbaharui untuk membantu penarafan ESG syarikat sambil menjual penyelesaian bagi penjimatan kegunaan tenaga.

Inisiatif yang dijalankan termasuk penjualan dan pemasangan sel PV solar kepada pengedar dan vendor PROTON serta bekerjasama dengan rakan kongsi untuk membina bukti konsep untuk pengecasan EV mudah alih.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata “Ditambah kepada inisiatif untuk menyokong latihan bagi pekerja industri automotif serta perniagaan logistik yang semakin berkembang.

“Kami membayangkan PGS untuk terus membuat sumbangan yang konsisten kepada keuntungan PROTON pada masa hadapan,”katanya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jualan bagi empat bulan pertama tahun 2024 juga meningkat kepada 50,175 unit, lebih tinggi daripada…
Berita Domestik
Pembukaan pusat R&D PROTON (China) di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…