Proton Gen2 sarat muatan petrol, diesel seludup ditinggalkan tepi jalan

oleh Mohamad Hanif|
Seorang penyeludup sanggup cabut lari meninggalkan kereta jenis Proton Gen2 yang digunakan untuk membawa muatan petrol dan diesel seludup.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Laporan Kosmo menyebut, Proton Gen2 itu membawa muatan 840 liter diesel dan 210 liter petrol bernilai RM2,236 yang ditemui di tepi jalan dekat Kampung Telaga Bata.

Kereta tersebut ditinggalkan kira-kira jam 11 pagi semasa anggota polis membuat rondaan di kawasan tersebut.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, semasa menjalankan rondaan, anggota polis melihat sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota bertugas terus menjalankan serbuan terhadap kereta itu sebelum suspek bertindak meninggalkan kereta dipandunya.

“Suspek sempat melarikan diri dan pemeriksaan di dalam kereta itu menemui sebanyak 840 liter diesel dan 210 liter petrol yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2,236.

"Pihak polis kemudiannya menyerahkan barang rampasan itu kepada KPDN untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan bekerjasama…
Berita Domestik
Kebanyakan stesen minyak (yang mencatat jualan luar biasa) ini juga berada di daerah yang…
Berita Domestik
"Semasa serbuan, seorang pekerja premis warga tempatan berusia 37 tahun sedang mengisi minyak…