Proton Exora catat nama dalam Malaysia Book of Records!

oleh Mohamad Hanif|
PROTON dengan bangga mengumumkan bahawa Syarikat telah dianugerahkan secara rasmi rekod ‘Bilangan Orang Paling Ramai dalam MPV’ oleh Malaysia Book of Records.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo di Sunway Velocity Mall pada 28 September.

Rekod terbaharu diraih dengan kereta Proton iaitu Proton Exora, yang digunakan semasa pusingan akhir Cabaran Ace the Space.

Seramai 55 peserta dari pasukan Girls Power dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) telah berjaya dimuatkan dalam MPV tersebut, sekali gus mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records dan mengalahkan rekod sebelum ini iaitu seramai 41 peserta di dalam sebuah kereta Proton yang diperoleh semasa pusingan awal. 


Rekod terbaharu ini akan memberikan dorongan kepada PROTON untuk menambah lebih banyak rekod termasuklah cubaan untuk memasuki Guinness Book of World Records.

Model PROTON yang dipamerkan di jelajah MBR Live! adalah Proton Ertiga dan Proton Exora yang digunakan untuk menciptakan rekod tersebut. Orang ramai juga telah dijemput untuk menyahut cabaran dengan memuatkan seramai yang boleh di dalam kereta yang sama untuk membuktikan keluasan sebuah Proton Exora.

Menurut Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Syarikat telah melibatkan diri dalam siri jelajah ini untuk membawa jenama dan kereta-keretanya lebih dekat kepada rakyat Malaysia.

"Kami percaya bahawa dengan menyertai jelajah MBR Live! ini, PROTON berpeluang mempromosikan semangat 'Malaysia Boleh!' dan pada masa yang sama mengingatkan kembali kepada pembeli mengenai nilai yang ada pada setiap kereta Proton. Dengan kemampuan memuatkan seramai 55 orang di dalam sebuah MPV, kualiti dan kekuatan Exora terbukti boleh memenuhi keperluan pada bila-bila masa," katanya.
 


Dengan reka bentuk yang bergaya dan prestasi yang telah dipertingkatkan, Exora adalah sebuah model dengan tujuh tempat duduk yang dibina untuk membawa anda dan sekeluarga ke pengembaraan yang lebih hebat. 

Proton, sebagai sebahagian daripada jelajah Malaysia Book of Records Live, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencatatkan rekod sewaktu acara tersebut berlangsung, yang diadakan di Sunway Velocity Mall, Cheras bermula 28-30 September 2018. 

Dilancarkan oleh YB Gobind Singh Deo, MBR Live! adalah jelajah pertama yang dianjurkan oleh Malaysia Book of Records dan diadakan bersempena dengan bulan Merdeka dan hari Malaysia. Semasa jelajah selama 3 hari itu, semua rakyat Malaysia digalakkan untuk mencipta rekod baharu.
 

Berita Berkenaan

Informasi
  "Hari pertama Ramadan (23 Mac), pelanggan sudah mula buat tempahan (kereta sewa) untuk pulang ke…
Berita Domestik
Antara perubahan yang dimaksudkan adalah penampilan logo baharu Proton berbentuk bulat pada…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada Free Malaysia Today, Ketua Pengurusan Kandungan Proton Faisal Shah…